Jumaat, 20 Mei 2011

Mengapa Jemaah Islamiah Memilih Gerakan Orang kafir Sebagai Rakan Seperjuangan?

Umat Islam terpinga pinga apabila ada jemaah perjuangan Islam bergabung dengan jemaah perjuangan orang kafir.Apakah matlamat dan tujuan jemaah Islamiah itu? Sedangkan orang kafir mempunyai perjuangan dan idelogi yang amat berbeza dengan mana mana jemaah Islamiah.Apatah lagi jika jemaah kafir itu jelas menunjukkan anti atau tentangan nya terhadap perkembangan Islam. Adakah  jemaah Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dan bergantung dengan orang kafir yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi jemaah Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan (dari bantuan kawan dan inspirasi ideologi kuffar agaknya) siapakah yang hendak dia tentang? Jemaah orang kafir atau jemaah Islam yang lain.?


Mengapa jemaah yang rasa lemah tidak bergabung dengan jemaah Islamiah yang lain yang lebih kuat? Bukan kah ini akan menambah kuat dan kukuh nya jemaah jemaah  Islam? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.Mengapa tidak jadikan ikatan jemaah Islamiah itu kukuh saperti batang batang  lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh menjadi sebatang penyapu? Penyapu yang boleh menyapu bersih segala kemungkaran ?
Alasan yang biasa di beri oleh pemimpin pemimpin jemaah Islam yang bergabung dengan jemaah orang kafir sangat lah lemah.Ada memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli jemaah orang kafir tersebut.Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa  tidak bergabung aje dengan badan badan agama kristian, buddha atau hindu  untuk berdakwah?
Ada juga jemaah dan negara umat Islam bergabung atau jadi “ally” dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan “protection” saperti negara Arab Saudi dan Kuwait.
Namun dalam hal ini Allah telah memberi amaran kepada umat Islam yang maksudnya:-


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).


“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,”Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.
[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]


Wallahu’alam
Sumber: http://fitrahislami.wordpress.com/2011/04/06/mengapa-jemaah-islamiah-memilih-kaum-kafir-sebagai-rakan-seperjuangan/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan