Ahad, 15 Mei 2011

INSYAALLAH .... ADALAH REZEKI ...

Di awal tahun 90an dulu, aku hanya bekerja sebagai boroh kontrak. Pendapatan sebagai boroh kontrak amatlah rendah, sekitar RM350 sahaja. Aku berulang alik ke tempat kerja setiap hari  hanya dengan menunggang basikal. Nak beli motosikal memang adalah angan² tu, tapi apakan daya memang tak cukup duit lagi ..
Pendek kata, aku masa tu memang tak ada apa², motor tak ada, kereta jauh sekali ....

Masa tu aku masih bujang, dan berusia lebih 25 tahun.
Pernah  orang tua² di kampung mengusik aku, " Umur dah makin tua, bila lagi kau nak kahwin, Salleh ? "
Maka  aku jawab, " Orang macam saya ni, yang tak ada apa² , perempuan mana yang hendak ? Kalau ada yang hendak pun, dengan gaji yang kecik, macam mana saya nak tanggung anak dara orang? "
Biasa pulak orang tua² jawab balik, " Kalau dah kahwin tu, Insyaallah adalah rezeki anak bini .... "

Walau pun aku bukan orang  berada dan tak punya apa², ramai jugak  yang menyokong aku kawin, sokong nak bina masjid kata mereka..
 ( Gambar hiasan )

Begitu juga dengan cerita kawan sekerja aku, setahun lebih tua dari aku umurnya...
Pernah juga orang tua² di kampungnya bertanya soalan serupa pasal kawin, kawan aku tu pun jawab lebih kurang jawapan aku jugak, orang tua² jawab balik, " Ulat dalam batu pun boleh hidup "
Sama ke manusia dengan ulat ? Hmmmm.....ntahlah....


Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah, bila seorang teruna @ bujang nak disuruh kahwin, walau pun teruna tiada pekerjaan atau berpendapatan rendah, tidak pernah dipertikaikan kemampuan teruna untuk berkahwin. Bagaimana teruna nak menyara bakal isteri dan bakal anak² yang akan lahir nanti  dengan pendapatan yang sedikit sebaliknya memberikan  alasan " Insyaallah adalah rezeki anak bini .... " dan  .......   " Ulat dalam batu pun boleh hidup " untuk menyokong teruna membina masjid.
Tiada pula disyaratkan pendapatan minima berapa² untuk melayakkan teruna berkahwin.

Tetapi, bila saja seorang lelaki ingin beristeri lagi ( ke 2 @  ke 3 @ ke 4 ), maka akan kedengaranlah suara² yang mempertikaikan kemampuan lelaki untuk beristeri lebih dari satu.
Dan tiada lagi sokongan masyarakat  untuk bina masjid ke-2 @ ke-3 @ ke-4.
 
Adakah kahwin 2 @ 3 @ 4 itu tak menjamin adanya rezeki untuk anak isteri ?

Adakah kawin 2 @ kawin 3 @ kawin 4 itu bukan membina masjid ?

Fikir fikirkan .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan