Isnin, 9 Mei 2011

Sambutan Hari Ibu Bukan Cara untuk Umat Islam Menghargai Ibu

Dunia Barat sekarang baru menemukan nilai mulia ibu. Sedangkan umat Islam telah berabad-abad lamanya mempercayai kedudukannya yang mulia berdasarkan ajaran Ilahi sejak diutuskan Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu Allah kepada seluruh umat manusia. Islam percaya pada nilai ibu yang luar biasa, dan telah menarik perhatian manusia untuk melakukan pelbagai usaha dan cara dalam konteks suruhan menyayangi ibu dan menghargai  pengorbanannya. Itulah Islam, deen (cara hidup) yang fitrah bagi seorang manusia yang sememangnya diciptakan dengan naluri ingin berkasih sayang. Banyak nas-nas daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi dalil kepada suruhan ini.  Antaranya:

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapakmu, hanya kepada-Ku engkau akan kembali. [TMQ Luqman (31):14]

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" - Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil." [TMQ al-Israa’ (17):23-24]

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: “ Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu.  [HR Muslim]

Tamadun Barat yang telah ketinggalan zaman, baru mula mempromosikan nilai-nilai murni seperti menyanyangi dan menghargai pengorbanan ibu setelah berlakunya ‘revolusi’ sosial dalam masyarakat mereka. Sambutan Mother’s Day di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah cuma mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, isteri Dewa Kronos, dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Maka, di negara-negara tersebut, peringatan Mother’s Day jatuh pada bulan Mac.

Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 buah negara lain, seperti Australia, Canada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Hong Kong, sambutan Mother’s Day jatuh pada hari minggu kedua setiap bulan Mei. Ia adalah kerana pada tanggal itu, tahun 1870, aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara. Jadi, tujuan memperingati Hari Ibu pada awalnya bermula untuk mengenang semangat dan perjuangan para perempuan dalam usaha memperbaiki bangsa manusia.

Ibu-ibu dan anak-anak sekalian!

Lihatlah betapa mulianya Islam yang ajarannya sungguh lengkap. Sekecil-kecil perbuatan seperti sikap menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu telah diajarkan pada manusia sebagai salah satu suruhan untuk memuliakan seorang wanita yang bergelar ibu tadi. Barat dan ajaran sekularnya pula hanya terkontang-kanting dalam percubaan untuk melakukan perkara yang sama hanya setelah tamadunnya sendiri yang menindas dan merosakkan martabat seorang wanita dengan mempromosikan sambutan Hari Ibu.

Sumber: http://www.mykhilafah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan