Selasa, 17 Mei 2011

JAKIM ~ Menjaga Kepentingan Umat Islam atau Menjaga Kepentingan Pengilang / Pengeluar Produk?

PASTIKAN PRODUK GELATIN ADA HALAL

Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ianya memperolehi sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom berkata, JAKIM hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang seratus peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan DNA babi.
Antara kategori pensijilan halal yang dikeluarkan JAKIM  ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan, ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain. Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil itu.Di samping itu, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau jualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperolehi sijil Halal.
Untuk pengetahuan semua, JAKIM hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk tidak halal. Sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada JAKIM atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my       
 http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110314095318&type=NEW
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bila JAKIM berpendirian  " tidak akan mendedahkan produk tidak halal ", maka JAKIM telah mengabaikan kepentingan Umat Islam dan membiarkan umat Islam terus memakan atau meminum dan menggunakan produk² yang tidak halal (HARAM) . Umat Islam atau pengguna tiada kuasa untuk menyiasat dan menganalisis sesuatu produk samada ia halal atau haram.
Yang mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menganalisis hanyalah JAKIM, Jabatan Kesihatan atau Jabatan Kimia.
Jika JAKIM mengetahui sesuatu produk itu haram, seharusnya pihak JAKIM menghebahkan kepada seluruh umat Islam supaya umat Islam terpelihara dari memakan atau meminum atau menggunakan produk yang HARAM.

Sekarang, bila JAKIM tidak mendedahkan produk tidak halal kepada masyarakat Islam khasnya, kepentingan siapa yang dijaga oleh JAKIM????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan