Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2013

MENASIHATI PEMERINTAH MENURUT AS-SUNNAH DAN LARANGAN MEMBERONTAK

------
NASIHATILAH PEMIMPINMU DENGAN PETUNJUK AS-SUNNAH
------

Seperti yang kita sedia maklum, pengaruh para ulama di kalangan rakyat amatlah besar, oleh itu tugas besar ulama yang wajib dipikul oleh mereka ialah menyedarkan ummah (rakyat) agar mentaati penguasa atau pemimpin Islam. Ulama wajib menolong pemerintah menyatukan ummah agar tidak membenci, memusuhi dan tidak keluar dari jamaah (pemerintah dan pemimpin Islam). Inilah antara amal bir (kebaikan) dan takwa yang dituntut oleh al-Quran agar di lakukan oleh para ulama. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

“Bertolong-tolonglah kamu atas kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan atas perkara dosa dan permusuhan”. (al-Maidah 5: 2)

Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:


“Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”.
(Tafsir Ibnu Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. Lihat: Ad-Darrul Mansur 2/285-286. Cetakan Darul Fikr.)

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka”. (Ali Imran 3: 105)

Kisah di atas ini adalah contoh tauladan kepada umat Islam, bahawa para ulama di zaman awal bertindak mendidik rakyat jelata agar memelihara hak-hak pemimpin. Dengan ini adalah wajib bekerjasama dan tolong-menolong antara para ulama dengan penguasa, terutama dalam usaha mengislah rakyat dengan konseptualisasi siyasah as-Syariyah mengikut manhaj ahlus sunnah, kerana para ulama generasi awal Islam sentiasa membenci tindakan yang mengarah kepada perpecahan, malahan mereka mewajibkan bekerjasama dengan pemimpin negara Islam, berjamaah dengan mereka dan menyemai rasa persaudaraan di bawah bumbung pemimpin negara berdasarkan firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (al-Hujurat 49: 10)

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Tiga perkara yang menyelamatkan hati seseorang Muslim dari kedengkian: Ikhlas dalam beramal kerana Allah, menasihati penguasa dan komitmen dengan jamaah kaum Muslimin”. (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad 4/80-82)

Kapasiti pemikiran rakyat perlu diisi dan diyakinkan oleh pemerintah dengan kerjasama ulama dengan pengisian siyasah (politik) yang sejajar dengan kehendak agama, agar generasi yang bakal mewarisi pemerintahan dapat disalurkan ke destinasi dan dimensi pemahaman siyasah as-syariyah menurut al-Quran dan as-Sunnah yang autentik. Kerana keberkesanan dan keagungan siyasah Islamiyah yang telah ditunaikan oleh para golongan terdahulu terutama pada zaman generasi awal, kedua dan ketiga selepas kewafatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjadi bukti untuk meyakinkan rakyat.

Siyasah Islamiyah dengan kerjasama umara (penguasa/pemerintah) dan hukama (para ulama) dapat menyatukan hati rakyat untuk mentaati pemimpin kerana ia adalah merupakan perintah Allah kepada orang-orang yang beriman sebagaimana dijelaskan melalui firmanNya:

“Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (pemerintah) antara kamu”. (an-Nisaa 4: 59)

Berkata Abdus Salam bin Bajras bin Hashir Ali Abdul Karim:

“Antara perintah Allah dalam ayat ini ialah mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala mensetarakan ketaatan kepada pemimpin dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini semuanya menunjukkan betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya”. (Mu’amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was-Sunnah. Hlm. 50)

Al-‘Izz bin Abdussalam rahimahullah juga menegaskan:

“Sepakat kaum Muslimin bahawa taat kepada kekuasaan pemimpin termasuk ketaatan kepada Allah”. (Qawa’idul Ahkam fi Masalihul Anam. 1/104)

Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Sikap (taat kepada pemimpin) termasuk kewajipan terhadap agama yang agung”. (Majmu’ al-Fatawa 28/390)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)

Dan dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, dari jalan Nashr bin Ashim, dari Subi’ bin Khalid, dari Huzaifah al-Yaman radiallahu ‘anhu:

“Setelah Allah mempunyai khalifah di muka bumi dan dia memukul punggungmu serta mengambil harta bendamu, maka kamu (diperintah agar ) tetap taat”.

------
MENASIHATI PARA PEMIMPIN DAN PEMERINTAH
------

Telah sepakat para ulama yang beridir di atas paksi ahlus sunnah bahawa menasihati dan menegur kesilapan penguasa/pemimpin adalah merupakan perintah dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Namun ia bukanlah dilakukan di khalayak ramai atau umum, tetapi dilakukan secara peribadi iaitu di kalangan mereka yang berilmu. Menegur pemimpin di khalayak umum adalah salah satu contoh sikap yang tidak sopan yang mana adalah menyalahi sunnah, malah merupakan kejahatan hawa nafsu kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)

Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:

“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah disaat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Tanbihul Ghafilin ‘An A’ma lul-Jahilin wa-Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)

Syara’ tidak pernah menghalalkan sesiapapun dari kalangan umat Islam untuk mengumpat, membongkar keburukkan, mencari cacat-cela, sengaja menghina, mengkafirkan dan mereka-reka fitnah terhadap pemerintah, lebih-lebih lagi jika bertujuan untuk menjatuhkannya. Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mewajibkan umat Islam mematuhi dan mentaati pemerintah Islam demi menjaga dan memelihara kesatuan umat, keutuhan agama dan martabat Islam:

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya Allah rela atas kamu dalam tiga perkara: Hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah-belah, dan hendaklah kamu sekalian saling menasihati dengan orang yang diangkat Allah untuk memegang urusanmu (pemimpin kamu)". (Musnad Imam Ahmad, 2/376)

Maksud "Pemimpin kamu" ialah "Para pemimpin yang beragama Islam". Dalam hal ini al-Allamah As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz berkata:

“Bukanlah termasuk uslub (metode/kaedah) para ulama generasi awal dalam hal melakukan perbuatan mendedahkan aib pemimpin dan menyebutkannya di atas mimbar (atau pentas), kerana hal ini hanya menimbulkan kerusuhan (kerosakan) dan hilangnya ketaatan rakyat terhadap pemimpin, juga menyebabkan banyak persepsi dan pandangan yang merbahaya yang tidak mendatangkan manfaat”.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya". (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya ada termaktub:

“Apabila kemungkaran itu dilakukan oleh seorang pemimpin atau selainnya, hendaklah dia dinasihati dengan lemah lembut dan secara rahsia sehingga tidak diketahui oleh seorangpun, dengan harapan dia mahu menerimanya. Jika dia enggan, maka mintalah bantuan seseorang untuk menasihatinya dengan bersembunyi-sembunyi agar dia menerima nasihatnya. Jika sekiranya dia menolak juga, maka kita boleh secara terang-terangan mengingkari sifat pemimpin seperti itu” . (Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya. Hlm. 49)

Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata:

“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Namun hendaklah dia berbincang secara empat mata dalam menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak melekehkannya sebagaimana terdapat dalam hadis” . (Sail al-Jarrar 4/556. Asy-Syaukani)

Ini bermakna, sesiapa yang berpakat untuk menjatuhkan pemerintah atau pemimpin Islam adalah menyalahi manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah. Begitu juga, mereka yang suka melontarkan kata-kata kotor, membuat tuduhan palsu, memfitnah dan mengkafirkan para pemimpin Islam adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berada di atas manhaj yang tulen. Maka kepada mereka yang terlibat dengan pekerjaan mungkar ini, hendaklah bertaubat dan merubah niat kepada nasihat, kerana telah berkata Abu Usman az-Zahid:

“Nasihatilah para penguasa, perbanyakanlah doa untuk mereka agar mereka melakukan kebaikan dan kebenaran dalam beramal dan menjalankan hukum. Sesungguhnya jika mereka baik, maka akan baiklah rakyat. Hati-hatilah kamu! Jangan sampai kamu mendoakan keburukan atau melaknat mereka, kerana yang demikian hanya akan menambah kerosakan keadaan orang-orang Islam. Tetapi mintakanlah ampunan kepada Allah untuk penguasa (pemerintah dan pemimpin), semoga mereka meninggalkan perbuatan yang tidak baik, kemudian dihilangkanlah musibah dari kaum Muslimin”. (Al-Jamii Li Syu’abil Iman. 13/99. Al-Baihaqi. Cetakan Dar as-Salafiyah)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat kezaliman dan mereka tidak mencegah dengan tangannya, maka dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka keseluruhannya".

Berkata Ibn Abil 'Izzii rahimahullah:

"Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah telah menunjukkan atas kewajipan menasihati pemerintah dan seterusnya taat kepada pemerintah selama dia tidak memerintahkan agar melakukan kemaksiatan".

Firman Allah Azza wa-Jalla:

"Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemerintah di antara kamu". (an-Nisa 4: 59)

Semua nas di atas menyeru umat Islam menasihati pemerintah atau pemimpin. Tidak dibenarkan menentang mereka, tetapi diperintah agar mendoakan mereka. Ibnu Nahhas berkata:

“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan khalayak ramai. Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Tanbih al-Gafilin an-A’malil Jahilin wa-Ta’zirus Salikin Min Af’alil Halikin. Hlm. 64)

Haram menubuhkan pemerintahan dalam sebuah negara Islam yang telah ada pemerintah dan ketua negara yang sah. Malah sesiapa yang menentang pemerintah yang sah yang telah dipilih oleh rakyat, kemudian memimpin rakyat untuk memprotes secara yang tidak sihat dan memfitnah penguasa (kerajaan) tanpa ada bukti, maka mereka ini sebenarnya mewarisi sifat-sifat kaum Khawarij yang sikapnya gemar memberontak, yang mana perbuatan mereka bertentangan dengan nas-nas al-Quran, as-Sunnah, atsar para sahabat dan fatwa-fatwa para ulama muktabar yang mengharamkan perbuatan sedemikian.

Telah berkata Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah (dalam memberi peringatan kepada kaum Khawarij):

"Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Ali radiallahu 'anhu. Cara mereka menentang dengan melaung-laungkan slogan: ( لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ ) bermaksud: "Tidak ada hukum kecuali dari Allah" (Slogan ini samalah dengan apa yang dilaungkan oleh kelompk-kelompok tertentu yang lantang menentang kerajaan pemerintah di beberapa negara Islam. Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama kelompok mereka, tidak berjuang bersama mereka dan tidak berhukum dengan hukum Allah).

Berkata Ali radiallahu 'anhu untuk menentang dan membatalkan di’ayah/propaganda yang dilaungkan oleh Khawarij iaitu (لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ), maka beliau berkata:

"Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)".

Fahaman Khawarij telah digerakkan semula oleh golongan fanatisime dengan nama dan istilah "Pejuang Tauhid Hakimiyah" iaitu mentauhidkan hukum, atau mengkafirkan secara mutlak sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Golongan ini telah bergerak di negara-negara Islam termasuk di Malaysia.

Mereka menghidupkan fahaman “Tauhid Hakimiyah” di setiap tempat yang dapat menerima fahaman ini. Kebiasaannya berselindung di sebalik parti politik. Ruang untuk mereka bergerak terbuka luas kerana kebanyakan negara-negara Islam yang mengamalkan dasar politik demokrasi mengizinkan sesiapapun dari rakyatnya menubuhkan parti politik yang baru.

Mungkin amat menakutkan apabila kita mengetahui bahawa Khawarij disebut dan digelar sebagai anjing neraka oleh Nabi Mhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Disuatu kejadian, diriwayatkan oleh Sa’id bin Jamhan, beliau berkata:

“Aku mendatangi Abdullah bin Aufa (seorang buta), lalu aku memberi salam kepadanya. Beliau bertanya, siapa kamu? Aku menjawab: Sa’id bin Jamhan. Beliau bertanya. Apa yang dilakukan oleh orang tuamu? Aku menjawab: Dibunuh oleh kaum Azariqah. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat orang-orang Azariqah kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Sesungguhnya mereka adalah anjing-anjing neraka”.

Aku bertanya, apakah itu khusus pada orang-orang Azariqah atau untuk orang-orang Khawarij seluruhnya? Beliau menjawab: Orang-orang Khawarij seluruhnya. (Hadis Riwayat Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)

Imam Ahmad rahimahullah menguatkan lagi riwayat hadis di atas, iaitu agar tidak mencela penguasa dan tidak meniru sifat-sifat Khawarij:

“Aku (Ibnu Jamhan) berkata: Sultan berlaku zalim kepada manusia dan menindas mereka. Dia berkata: Lalu dia (Abdullah bin Aufa) memeluk tanganku dan menariknya dengan kuat, kemudian berkata: Celaka kamu wahai Ibnu Jamhan! Kamu wajib mengikuti sawadul a’zam (beliau mengulangi dua kali), jika Sultan mahu mendengar darimu maka datanglah ke rumahnya dan beritahu yang kamu ketahui (menasihatinya), jika dia menerimanya maka itu baik, tetapi jika ia tidak menerimanya maka tinggalkanlah. Kamu tidak lebih tahu darinya”. (H/R Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)

------
LARANGAN MENGAIBKAN PEMERINTAH/PENGUASA
------

Pendirian Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berdiri di atas paksi yang benar, mereka sentiasa bertindak menyeru/mengajak sekalian umat supaya saling mencintai para saudara seagama-nya, tidak dipertikai siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya seagama, senegara dan para pemimpinnya. Menasihati para pemimpin jika didapati silap, kerana kebaikan pemimpin memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ ، قَلْنَا لِمَنْ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : للهِ ، وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ ، وَِلاَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ.

“Agama itu adalah nasihat, kami berkata: Bagi siapa wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin, kaum muslimin dan orang-orang awam”. (Hadis Riwayat Muslim, beliau menyendiri dalam lafaz hadis ini. Hadis dari Tamim ad-Dari)

Melalui hadis ini dapat difahami bahawa menasihati pemimpin itu amat dituntut, namun bagi mereka yang menyelisihi manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah adalah sebaliknya, mereka lebih gemar bersifat dan berciri penderhaka kepada negara. Berkomplot untuk menumbangkan kerajaan Islam. Mengikis rasa cinta dan persaudaraan seagama. Mengkafirkan saudara-saudaranya yang seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut ideologi alirannya/kelompoknya/kumpulannya. Dan mereka sentiasa berusaha dengan pelbagai cara supaya rakyat membenci pemimpin Islam.

Kebanyakan kelompok-kelompok yang menyelisihi manhaj ahlus sunnah dalam urusan mentaati pemerintah ini gemar menggunakan topeng ibadah untuk mempengaruhi hati rakyat, bersolat hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran, kemusnahan atau kejatuhan ke atas pemerintah Islam dengan beralasan bahawa pemerintah tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, fasik dan sebagainya.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menceritakan tentang sikap manusia seperti ini, lalu mengancam mereka dengan ancaman yang menakutkan:

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا قَالَ الرَّجُلُ : هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ اَهْلَكَهُمْ.
"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa". (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Al-Barbahari berkata:

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)". (Lihat; Al-Ibanah. Jld. 2. Hlm. 116. No.136)

سَيَكُوْنُ بَعْدِيْ سُلْطَانٌ فَاَعِزُّوْهُ مَنِ الْتَمَسَ ذِلَّهُ شَغَرَ شَغَرَةً فِى اْلاِسْلاَمِ وَلَمْ يُقْبَلْ مِنْهُ تَوْبَةٌ حَتَّى يُعِيْدُهَا كَمَا كَانَتْ .
"Akan muncul selepas peninggalanku seorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barangsiapa mencari-cari kehinaannya (kesalahannya dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)". (Lihat: As-Sunnah (2/513). Dari Ibn Abi 'Asim. Sanad hadis ini sahih)

Berkata Imam As-Syaukani Rahimahullah:

"Sebaiknya bagi orang yang menyedari kesalahan pemerintah (penguasa yang beragama Islam) dalam beberapa permasalahan untuk menasihatinya dengan tidak menyebarkan maki hamun kepadanya di khalayak umum". (Lihat: السيل الجرار Jld. 4. Hlm. 556)

Ibn Qayyim menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin yang masih beragama Islam:

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh kerana itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia telah terlepas dari sifat dengki". (Lihat: مفتاح دار السعادة Jld. 1. Hlm. 72)

Seterusnya Ibn Qayyim rahimahullah berkata lagi:

“Hal ini jauh berbeza dengan keadaan orang yang suka menentang pemerintah dan menghabiskan masanya dengan memaki-hamun (mencela, mencerca dan memburuk-burukkan para pemimpin Islam, pent.). Mereka suka mengaibkan dan menghina, maka ini samalah dengan tindakan kaum-kaum Rafidah, Khawarij, Muktazilah dan golongan yang seumpama mereka, kerana hati mereka sudah dipenuhi rasa iri hati dan kedengkian". (Lihat: مفتاح دار السعادة Jld. 1. Hlm. 72)

Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab:

"Sesungguhnya termasuk dalam kesepakatan ulama (kaum muslimin) agar mendengar kemudian taat kepada siapa sahaja yang memerintah kita walaupun dia adalah seorang hamba Habsyi (selagi ia beragama Islam. Pent)". (Lihat: اصول الستة Muhammad bin Abdul Wahab)

Berkata Imam Tahawi rahimahullah:

"Kita tidak pernah diizinkan untuk memberontak kepada imam-imam dan pemimpin negara kita (pemimpin muslim), sekalipun mereka zalim. Kita tidak boleh mendoakan mereka (supaya jatuh), tidak boleh menarik ketaatan kepada mereka kerana ketaatan kita kepada mereka termasuk ketaatan kepada Allah, hal ini adalah wajib selagi kita tidak dipaksa mentaati yang maksiat dan kita sewajarnya mendoakan mereka dengan kebaikan dan ampunan (bukan sebaliknya, pent.)".

Nas-nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama Salaf as-Soleh yang tertera di atas, telah menjelaskan bahawa menentang, memfitnah, menghina dan berjuang untuk menjatuhkan pemerintahan Islam dan pemimpinnya, adalah perbuatan bid'ah dan haram.

Dalam sejarah, al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi terkenal dengan kezalimannya, bengis dan kejam dalam menumpahkan darah, menodai hal-hal yang diharamkan Allah, membunuh tokoh-tokoh utama umat Islam seperti Sa’id bin Zubir. Menghalalkan apa-apa yang haram. Mengepung Ibnu Zubir yang telah berlindung di Ka’abah dan kemudian membunuhnya walaupun Ibnu Zubir telah ditaati dan dibaiat oleh penduduk Mekkah, Madinah, Yaman dan sebahagian wilayah Iraq.

Al-Hajjaj adalah wakil Marwan, sekaligus wakil anaknya Abdul Malik. Tidak ada seorang khalifah pun yang menjanjikan Marwan (menjadi penguasa) dan tidak dibaiat oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Ibnu Umar dan ramai lagi para sahabat hidup dan mengharungi zaman kekuasaan al-Hajjaj, namun mereka tidak mencabut ketaatan kepada al-Hajjaj, mereka tidak melarang sesiapa untuk taat kepadanya dalam perkara-perkara yang boleh mempertahankan agama dan hak-hak rakyat.

Bani Abbasiyah ketika menguasai dan memerintah kaum Muslimin. Mereka terkenal keras, kejam dan ketajaman pedangnya. Banyak membunuh manusia dari berbagai-bagai kalangan, terutama dari kalangan pemimpin dan tokoh Bani Umaiyah. Antara yang dibunuh adalah Ibnu Hubairah penguasa Iraq dan juga Khalifah Marwan.

As-Saffah penguasa Bani Abbasiyah membunuh lapan puluh orang dari Bani Umayah dalam sehari. Walaupun sudah demikian parahnya, para imam kaum Muslimin seperti al-Auzaii, Malik, Al-Laits bin Sa’ad, Atha’ bin Abi Rabah dan yang lainnya tetap bersikap taat dan mendengar. Kebenaran seperti ini hanya dapat difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu yang mendalam.

Adalah haram hukumnya bagi sesiapa yang berniat mahu menjatuhkan penguasa, para pemimpin yang berkuasa, pemerintah dan mereka yang memerintah, kerana menjatuhkan penguasa sama dengan merampas kekuasaan yang ada di tangan mereka yang pasti akan mengakibatkan perpecahan, perbalahan, huru-hara, kacau-bilau dan boleh menyebabkan kemusnahan kepada agama, harta benda, negara dan umat Islam.

Di zaman para Imam muktabar seperti Imam Ahmad bin Hambal, Muhammad bin Ismail, Muhammad bin Idris (as-Syafie), Ahmad bin Nuh, Ishak bin Rahawih dan ramai lagi, mereka menghadapi suatu masa di mana para penguasanya banyak melakukan perbuatan zalim dan bid’ah yang sangat serious. Penguasa dimasa itu mengingkari sifat-sifat Allah. Para ulama dipaksa untuk menyokong kesesatan tersebut, tetapi para ulama tidak berganjak dengan perinsip-perinsip kebenaran. Para ulama diuji dengan berbagai-bagai siksaan. Ramai yang telah dibunuh, antara mereka ialah Ahmad bin Hashr. Walaupun keadaan ini sudah demikian sadisnya, namun tidak mendorong para ulama untuk keluar dari ketaatan dan tidak melakukan pemberontakan, tidak mencerca dan tidak memburuk-burukkan penguasa (pemimpin mereka). (Lihat: Ad-Durar as-Sunniyah fil Ajwibah an-Najdiyah 7/177-178)

Kewajipan para ulama ialah mendidik rakyat, menyebarkan segala kebaikan pemerintah, mengenang budi dan jasa di atas kebaikan dan pembangunan yang telah diusahakan, bersyukur kepada Allah, berterima kasih, menjauhkan rakyat dari menyebarkan keburukan pemerintah, para pemimpin dan ketua negara mereka kerana mereka beragama Islam.

Memburuk-burukkan kerajaan, penguasa atau pemimpin adalah perbuatan yan salah menurut manhaj ahlus sunnah wal-Jama’ah, malah bertentangan dengan etika, amalan, sikap dan prinsip ulama terdahulu. Memaki-hamun, kutuk-mengutuk, caci, sumpah-seranah, menabur fitnah, menyebar keburukan pemerintah dan menanam perasaan benci terhadap penguasa atau pemimpin Islam adalah perbuatan yang diharamkan oleh al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama terdahulu. Firman Allah:


اِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ اَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِى الَّذِيْنَ ءامَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ فِىالدُّنْيَا وَاْلاَخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لاَتَعْلَمُوْنَ .
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (an-Nur 24: 19)


وَلاَ تَسُبُّوْا اُمَرَاءَ كُمْ وَلاَتَغُشُّوْهُمْ وَلاَتَبْغِضُوْهُمْ وَاتَّقُوْا اللهَ وَاصْبِرُوْا فِاِنَّ اْلاَمْرَ قَرِيْبٌ.
"Dan janganlah kamu maki (kutuk/maki-hamun) para pemimpin kamu, janganlah mengkhianati mereka dan janganlah menjadikan mereka marah. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah kerana urusan itu adalah dekat". (Lihat: As-Sunnah. 2/499. Ibn Abi 'Asim)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Ada lima perkara barangsiapa melaksanakan salah satu darinya di bawah jaminan Allah Subhanahu wa-Ta’ala: Iaitu melawat orang yang sakit, berjihad di medan perang dan menemui penguasa (pemimpin) dengan niat untuk menghormati dan memuliakannya atau duduk di rumah (berdiam diri) sehingga orang aman darinya (sehingga aman manusia)”. (Lihat: As-Sunnah 2/490-492. Ibnu Abi ‘Asim. Ahmad dalam Musnad 5/241. Zilalul Jannah fi Takhrij as-Sunnah 2/490-491. Al-Albani. Ibnu Zanjawiyah dalam Al-Amwal 1/87)

Allahu a’lam...

Khamis, 12 Disember 2013

DEMOKRASI BARAT

UMAT ISLAM MENOLAK DEMOKRASI,  MENGAPA ?

Demokrasi di ambil dari gabungan dua perkataan bahasa Latin iaitu DEMOS dan KRATOS. Demos bermaksud Rakyat manakala KRATOS bermaksud HUKUM. Jelas nya disini ia adalah sebuah hukum rakyat yakni hukum dan undang-undang manusia.

Dalam demokrasi terdapat beberapa rukun dan undang-undang yang jauh dari ajaran agama islam dan juga memberi impak buruk kepada umat islam sendiri seperti :KEBEBASAN BERAGAMA DAN BERAKIDAH ,KEBEBASAN BERSUARA DAN BERTINGKAH LAKU.Sedangkan Islam ada hukumnya tersendiri,ada panduan nya sendiri, tatatertib nya sendiri dalam bersuara ,bertingkah ,apatah lagi dalam berakidah.

Umat islam kini yang menolak sistem demokrasi ini secara mutlak. MENGAPA ?Mereka tidak menerima demokrasi kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam. Bahkan sistem demokrasi ini sebegini tidak pernah dilakukan di zaman Nabi SAW.

Terdapat beberapa alasan demokrasi di tolak :

1- Sistem demokrasi adalah dari pihak Barat bukan asal usul dari Islam.

2- Demokrasi memberikan kuasa penuh kepada rakyat dalam membuat sebarang undang-undang bahkan dalam konteks yang melibatkan syara. Sedangkan Islam menetapkan bahawa hukum adalah milik Allah.

3:Demokrasi meletakkan asas bahawa suara majoriti sebagai penentu sedangkan suara majoriti tidak menjamin akan keputusan yang pasti betul.Lagi pula islam menganjurkan mesyuarat dan penghakiman yang menurut undang-undang islam dalam membuat sesuatu keputusan.

4- Demokrasi bertentangan dengan konsep syura yang dianjurkan dalam Islam apabila konsep pilihanraya memberikan hak dan peluang kepada rakyat untuk memilih walaupun mereka tidak memenuhi syarat layak sebagai ahlul halli wa aqdi (anggota penilai dan pemutus keputusan) sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Dalam Demokrasi juga terdapat undang-undang yang bercanggah seperti kebebasan beragama,bersuara,bertingkah laku,undang-undang ini bukan lah undang-undang yang di ajar oleh islam.malahan ia adalah kepunyaan barat.

Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ مِنْه فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang melakukan sesuatu yang baharu dalam urusan kami (agama) ini maka perkara tersebut bukanlah daripada urusan agama, maka ia adalah tertolak”. – Bukhari dan Muslim


Dalam riwayat lain oleh Muslim :

مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنا فَهُوَ رَدّ

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dan ia bukan daripada urusan kami (dalam agama), maka ia tertolak.”

Daripada ‘Irbadh bin Sariyah, Nabi SAW bersabda :

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وسُنَّةِ الخُلَفاء الراشِدِين المَهْدِيِّين عَضُّوا عَليها بالنَواجِذ وَإِيّاكُم وَمُمْحَدثات الأُمُور فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَة ضَلالَة

“Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku, dan sunnah sahabat Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mereka ini diberikan hidayah dan gigitlah ia dengan gigi geraham (berpgang teguh dengan sunnah tersebut), maka jauhilah kami daripada pembaharuan yang yang direka-reka (dalam agama), maka sesungguhnya setiap bid’ah tersebut adalah sesat.” - Abu Daud dan At-Tirmizi.


Justeru, sistem demokrasi adalah tertolak kerana ia merupakan rekaan di dalam Islam dan dicetuskan oleh pihak Barat.Berikut adalah ayat-ayat dari Al Quran di mana perintah Allah agar kita umat islam hanya mengikut perintahNya semata-mata dan kuasa menetapkan hukum hanya Allah sahaja yang layak bukan nya manusia.

Ayat Al-Quran pada Surah Al-A’raf pada ayat yang ke-3, bermaksud :

“Ikutlah apa yang telah diturunkan oleh tuhan kamu (Allah) kepada kamu.”

Maksud daripada firman Allah dalam surah Yusuf pada ayat ke-67 :

“Kuasa menetapkan sesuatu (hukum) itu hanya tertentu bagi Allah''

Jadi mengapa menerima sesuatu hukum (undang-undang) selain dari hukum Allah? walhal Allah SWT berfirman:

“…menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah…” (QS. Al An’am [6]: 57)

Dan sebagai umat islam kita wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah,tidak ada alasan mengapa seorang islam menolak hukum-hukum Allah.dan Allah telah berfirman bagi mereka menolak hukum Allah dalam ayat :


إ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

“…barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. (QS. Al Maidah [5]: 44)

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu…” (QS. Al Maidah [5]: 49

Sumber: Tranungkite.net

Rabu, 11 Disember 2013

Realiti Banjir baru2 ni dari kacamata Abe Awang Malaya


Luahan

Ini banjir punya cerita. Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV. Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ni. Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia. Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini, nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang. 

Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria. Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu. Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah. Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu, iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah.

Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah. Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia. Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat.
Banjir tu air je pun, bukannya api! Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir, habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas, kereta tenggelam, barang rumah semua punah jahanam, itu je.
Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar, oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je! Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang. Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padang tolong masak. Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka galak sekali beratur untuk mengambil makanan.... bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar, semua berebut-rebut untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir.
Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini, semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta, bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...! Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow! Semata-mata nak melawat msa banjir!! Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu?? Susah nak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu.
Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini.... Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir? Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir. Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang. Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah. Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....? Tak bertuah ke tu...!!
Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang. Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa. Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar 'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat yang ditimpa musibah banjir. Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir.
Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya. Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa. Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa.... dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku. 
Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan. Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa! Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua.... Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa!
Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan, Bukit Rangin, Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat, Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll....... Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas.
Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir. Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu.
Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir. Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut. Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya.... mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...! mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....!
Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3. Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman. Tetapi jawapan yang diterima.... sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!! Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan! Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu. Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk.... tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak! Mereka cuma mahu makan. Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar. Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai.... Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu.
Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit! Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je.... (beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada).... tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup. Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu.
Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def.... penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis.... Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada! Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian. Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa, tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang, ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher.... (utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam).
Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut).... last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah. Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...? nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu.
Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork? Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je.... ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak, lepas tu sayur pulak.... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu.
Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar. Ini keadaan sebenar yang berlaku. Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu. Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis.... ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis.
Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)... untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan! Terpaksa minum kopi dalam tin sardin! Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun.... kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je.
Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...! Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak..... dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!! katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!!
Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3.... mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi (Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi.... dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan.... jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah..... cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...? macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)... dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup.
Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....! Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...?
Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah... sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...!
Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul... meehoon goreng)... meehon keras macam dawai. Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu.
Tengahari, nasi putih lauk sardin... (buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari. Malam pun menu yang sama. Esok pun sama. Lusa pun sama. Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada.
Bayangkan....!
Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih. Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan. Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan.... masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan. Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana. Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan. Masing-masing terkepung. Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak... anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga.
Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah... dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang.... air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je... lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada)..... Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan.... (mungkin menantunya yang bersusah-payah lapurkan kpd pihak berkuasa).
Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air walau setitik pun tengah jalan..... bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada.... ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada..... ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar, dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah, agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....! 
Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu.... ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir.
Banyak sangat kalau nak cerita.... tapi cukuplah setakat ini.
Sumber: Link

Sabtu, 23 November 2013

Lelaki Andalus dan Gajah

Nama lelaki itu mudah dikenal, Yahya ibnu Yahya. Nun jauh dari Andalusia ia berasal. Ia pergi menuntut ilmu ke Madinah. Berguru pada Imam Malik. Andalusia-Madinah adalah jarak yang teramat jauh. Terlebih dengan sarana kenderaan apa adanya di masa itu. Tidak ada bekal berarti yang ia bawa kecuali tekad. Tak ada mandat yang memberangkatkannya kecuali kehendak; Yahya serius hendak berguru pada Imam Malik yang tersohor keluasan ilmunya. Yahya bin Yahya adalah salah satu contoh terbaik tentang bagaimana kehendak seorang muslim untuk tidak pernah berhenti menjadi berarti.
Hari-hari menimba ilmu pun ia lalui di Madinah yang tenang. Di hadapan sang guru Imam Malik. Hingga suatu hari, saat tengah berada di majlis bersama murid-murid yang lain, tiba-tiba ada rombongan kafilah entah dari mana. Mereka datang sambil membawa gajah. Para murid-murid Imam Malik berhamburan keluar ingin melihat gajah. Di jazirah Arab saat itu, makhluk besar berbelalai itu memang tergolong asing. Maka orang-orang pun keluar ingin melihat lebih dekat. Begitu pun murid-murid Imam Malik. Semua beranjak, kecuali Yahya bin Yahya. Hingga semua keluar Yahya tetap duduk di majlis itu. Melihat itu Imam Malik mendekat. “Mengapa engkau tidak keluar juga untuk melihat gajah?” tanya Imam Malik. Yahya menjawab, “Aku jauh-jauh datang dari Andalusia untuk menuntut ilmu, bukan untuk melihat gajah.” Imam Malik sangat kagum dengan keteguhan Yahya. Setelah itu Imam Malik pun menggelarinya dengan ‘aqilu Andalus (lelaki berakal dari Andalusia).
Lelaki berakal, Yahya bin Yahya telah meletakkan prinsip mendasar di atas jalan hidupnya. Ia mengerti sedang di jalan apa berlalu dan ke arah mana menuju. Ia seperti tengah menegaskan, betapa ia tidak boleh berhenti, di jalur kehendak dan cita-citanya, oleh sesuatu yang sederhana. Sekiranya ia sejenak keluar, melihat gajah bersama teman-temannya, itu pun tak jadi soal besar. Malah Imam Malik sejenak tidak melanjutkan pelajarannya, sebab semua murid-muridnya keluar. Tetapi falsafah luhur di balik sikapnya itu, mencerminkan sebuah kecerdasan, tentang bagaimana seorang muslim memahami godaan-godaan konsistensi, yang kadang menghentikan dan menghempaskan. Betapa ia tidak boleh terhenti oleh godaan-godaan itu. Maka lelaki itu benar-benar layak disebut ‘aqilu Andalus.
Betapa sering perjalanan hidup kita terhenti. Bahkan oleh hal-hal yang tidak terlalu serius. Betapa banyak orang berhenti dari mengejar cita-cita, kehendak mulia, mimpi-mimpi agung dalam capaian prestasi, hanya lantaran kealpaan, hanya kerana ulah menyimpang yang mulanya hanya main-main belaka, atau mentaliti ‘nanti dulu’, atau sikap ’sebentar dulu’. Akhirnya lama kelamaan jiwanya mulai layu, semangatnya mulai redup. Ghairah berkaryanya semakin kering. Akhirnya ia pun terhenti dari segala harapan yang telah menanti di hujung kerja kerasnya.
Gelar ‘aqilu Andalus, lelaki berakal dari Andalus menegaskan soal lain, bahwa kehendak kuat untuk tidak berhenti, atau terhenti, memerlukan kalkulasi keyakinan yang kuat. Ini tidak sekadar ukuran rasional untung atau rugi. Ini juga benar-benar bukan soal selera suka atau tidak suka melihat gajah. Tapi ini sungguh-sungguh benar soal pemahaman kemengertian, kesadaran dan juga kedalaman penghayatan tentang keputusan apa yang harus diambil seorang muslim di saat-saat ia tergoda.
Begitulah seorang muslim semestinya menata jalan cita-citanya. Semua orang punya harapan-harapannya. Tinggi atau rendah. Jauh atau dekat. Serius atau main-main. Tetapi menjadi seorang muslim yang tak mengenal kata henti dalam berjalan, berusaha, berkarya, adalah pilihan keimanan untuk tujuan nun jauh di akhirat sana. Sebab di atas arah jalan itu hidup seorang muslim menjadi punya arti.
Dalam kehidupan para salafussalih, keberartian tidak diperoleh dalam waktu yang singkat. Tidak pula dengan usaha yang setengah-setengah. Orang-orang besar di dalam tarikh umat Islam yang gemilang, menjadi besar kerana mereka tidak pernah lelah menabung untuk pelaburan keberartiannya, hari demi hari, waktu demi waktu, detik demi detik. Imam Bukhari setiap malam mampu terbangun hingga dua puluh kali, untuk menuliskan hadits-hadits yang dihafalnya. Ia tidak pernah berhenti untuk menjadi berarti. Maka kini ia memetik jerih payah itu. Ia menjadi maha guru ahli hadits sepanjang masa.
Begitupun orang-orang lain seperti Imam Nawawi. Bila seluruh usianya dibagi dengan karya tulisnya, maka setiap hari ia akan menulis tidak kurang dari enam belas halaman manuskrip. Bila diurai menjadi buku-buku masa kini setiap halaman manuskrip itu menjadi berlembar-lembar halaman. Begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani, ulama’ besar penghurai Sahih Bukhari, ia menghabiskan seperempat abad usianya untuk menulis karya monumentalnya, Fathul Bari.
Begitulah orang-orang besar menjadi besar kerana ia tidak pernah berhenti mendermakan untuk dirinya karya kebajikan. Sebagaimana orang-orang jahat, orang-orang kejam, akan terkenang sepanjang masa, kerana ia juga melaburkan untuk dirinya kekejian dan kekejaman.
Jangan pernah berhenti, sebelum hidup kita punya arti. Sepanjang perjalanan, sejak kita beranjak dewasa, sejujurnya kita telah mengerti apa itu tujuan akhir, cita-cita puncak, dan mimpi-mimpi terjauh kita untuk menjadi sesuatu. Tetapi tidak jarang kita terhempas, kita terlena, dan kemudian berhenti di tengah jalan. Padahal hidup bagi seorang mukmin, semestinya adalah proses menjadi baik tanpa kenal putus.
Di dalam Al-Qur’an, sebuah siklus menjadi baik dijelaskan dengan indah oleh Allah dengan pendekatan usia. Bahwa pada mulanya manusia hanyalah seorang bayi. Lalu tumbuh dewasa, lalu bila Allah memberi umur panjang, ia melewati umur empat puluh tahun. Tetapi semua tahapan usia itu harus menjadi sebuah putaran kesalihan.
Allah SWT berfirman,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. (Al-Quran, Al-Ahqaf: 15)
Ayat di atas dengan jelas mengisyaratkan tentang siklus kehendak menjadi baik yang tak pernah berhenti, tidak pernah putus. Waktu kecil dibawah asuhan kebaikan orang tua. Begitu beranjak dewasa, ia menyambungnya dengan berbakti. Lalu disebutnya umur empat puluh tahun, menandakan kematangan yang berkelanjutan. Saat itu ia teringat lagi kebajikan kedua orang tuanya. Maka ketika ia memohon untuk mampu bersyukur, atas karunia untuk dirinya dan orang tuanya.
Selain itu, tentu saja, di dalamnya bersyukur atas kebajikan yang sanggup ia lakukan. Itu artinya ia tidak memutus jalan hidupnya untuk selalu dalam rantai kebajikan. Begitupun, ketika ia memohon hal yang sama untuk anak-anak dan cucunya. Begitu dahsyat alur putaran kesalihan itu berjalan. Nyaris tak ada yang terputus. Dari seorang bayi, hingga kelak anak cucu bagi bayi tersebut. Begitu seterusnya.
Cita-cita luhur, kehendak kuat, mimpi-mimpi untuk menjadi seorang muslim yang punya arti, tidak boleh terhenti oleh apapun. Apalagi hanya sekadar kerana seekor ‘gajah’. Hiburan dan rehat ada tempatnya sendiri yang memadai. Kita harus terus mengejar. Jangan berhenti. Jadilah seperti lelaki berakal dari Andalusia itu.
Yahya ingin menegaskan, kita tidak boleh berhenti. Kita hanya boleh dihentikan sementara, untuk mengambil nafas dan mengencangkan tali sepatu, lalu beranjak kembali sampai titik yang Allah rahsiakan waktunya.
Dari ‘aqilu Andalusia’, kita belajar untuk teguh mengurus diri sendiri dan ummat. Kita belajar untuk terus belajar. Kita belajar untuk serius bekerja. Kita belajar untuk bersungguh-sungguh dalam ibadah. Kita belajar untuk benar-benar berbenah. Belajar bersikap benar ketika melihat perhentian yang melenakan.
Janganlah pengalihan isu membuat pengambil kebijakan berpaling. Janganlah kejenuhan membuat relawan bencana pasrah. Janganlah kebuntuan membuat pejuang risalah lengah. Tidaklah keputusasaan akan membuat korban musibah menyerah. Perhentian-perhentian ini sebenarnya dapat dimaklumi. Tetapi kita, ‘jiwa-jiwa Yahya’, tidak demikian. Biarlah perhentian itu dinikmati oleh orang lain, kita cukup memelankan langkah, sejenak menyeka keringat, lalu kembali menderap penuh semangat.
Sekarang, yang kita perlukan adalah apa yang pernah Yahya lakukan berabad-abad silam itu. Cubalah kita meminjam hati dan fikiran Yahya. Lalu kita sematkan dalam kepala dan dada. Agar kita lalui hari-hari ini dengan tindakan seorang pahlawan; melangkahi tanda koma demi koma, sampai bertemu titik takdir di akhir rangkaian nafas ini.
Wallahu’alam

Sumber: Mutiara Hati

Sabtu, 19 Oktober 2013

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita


1. Menghilangkan hijab (penutup) Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.



Sumber: http://www.informasi.my/10-strategi-syaitan-membuka-aurat-wanita/

Khamis, 10 Oktober 2013

Catatan 022: Allah S.W.T. Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah S.A.W


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :


Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.


1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?


Sumber: http://tranungkite.net/teladan/teladan22.htm

Rabu, 9 Oktober 2013

Sepasang couple kemalangan hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

couplecabar
WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tempat saya- Johor. Tempat & nama2 terlibat tak perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !

Sepasang couple, dinasihat oleh keluarga & kawan2 agar jangan suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dengan kata2 perli oleh mereka berdua..
Nak jadi cerita,.. semalam.. Terluncur kata2 dari mereka berdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tengok sapa lagi kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..

Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankan motosikal memecut laju di highway tepi kampung kami. Tiba2 berdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didapati terpelosok ke bawah lori 16 tayar.
Menurut saksi, mereka cuba memotong tapi ada kereta bergerak perlahan di depan, lalu terbabas ke lori semula, tak dapat dielak lagi..

Apa yang terjadi kepada mereka??

Kedua2nya digelek hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bahagian dari badan kedua2 yg tidak hancur. Yg dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis..
Bomba yang mengutip mayat2 itu hanya dapat mengutip sisa2 itu dengan penyodok sahaja. Oleh kerana mayat2, mati berasingan, maka dapat la diasingkan jugak antara keduanya..
Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jalan lain...
Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakan. Kepada keluarga masing2 dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu..
Maka siang tadi (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !
Apakah nasib mereka malam ini wahai kawan2 ku !?
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)
Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..

Sumber: http://suarainsan.net/sepasang-couple-kemalangan-hancur-berkecai-selepas-mencabar-tuhan/

Selasa, 24 September 2013

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

 
Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)



Sumber: Facebook.com/zulhilmi hashim