Lemak adalah satu benda yang menyebabkan anda menghabiskan banyak masa
untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah
anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan
emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa
fakta-fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda
seperti berikut:
Lemak terdapat dalam pelbagai warna
Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai fungsi
dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang
berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat.
Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah,
malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang
dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90%
lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan
untuk kalori tambahan.
Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya
dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis
mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan
menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang
sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak
akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat.
Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat
menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk
mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif
melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat
kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan
makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar
sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.
Lemak di bahagian punggung lebih sihat daripada lemak di perut
Sebagai seorang wanita, sudah semestinya mempunyai lemak adalah sesuatu
yang perlu dielakkan, tetapi ia sebenarnya lebih selamat untuk mempunyai
badan seperti buah pir daripada epal. Lemak perut, juga dikenali
sebagai lemak 'visceral', adalah lebih responsif kepada hormon kortisol
berbanding lemak pada paha atau punggung anda, jadi apabila anda tidak
mencari jalan yang sihat untuk mengatasinya, kalori tambahan yang
dimakan lebih cenderung untuk tersimpan di bahagian tengah-tengah anda.
Lemak di bahagian perut boleh mencipta bahan kimia keradangannya sendiri
seakan-akan tumor. Tambahan lagi, bahan kimia ini akan berhubung dengan
otak dan membuatkan anda lapar dan letih, sekaligus menyebabkan anda
lebih cenderung untuk makan berlebihan atau makan makanan ringan dan
tidak bersenam, lantas mewujudkan satu kitaran yang bahaya dan
mengekalkan penyimpanan berlebihan lemak perut.
Kalori akan dibakar dahulu sebelum lemak
Sebelum anda membakar lemak, anda membakar kalori terlebih dahulu, sama
ada ianya datang daripada kalori karbohidrat yang tersimpan seperti
'glycogen' dan gula darah atau daripada lemak badan yang disimpan. Lebih
banyak kalori anda yang anda bakar dalam setiap senaman , lebih besar
defisit yang anda akan mewujudkan dan lebih banyak lemak anda akan
hilang.
Pakar menyokong latihan selang tinggi intensiti untuk membakar kalori
sebanyak mungkin dalam masa yang singkat. Kaedah ini yang boleh membakar
dua kali ganda kalori dalam jumlah masa yang sama yang dihabiskan sama
seperti latihan dalam keadaan yang stabil.
Lemak memberi kesan pada 'mood' anda
Tidak ada perkara yang lebih teruk lagi selain melihat angka di skala
penimbang berat anda bertambah, tambahan lagi mempunyai lebihan lemak
terutama di sekitar perut anda akan mengaktifkan bahawa keradangan
kitaran, yang mana kajian menunjukkan boleh menjadi faktor yang serius
dalam kecelaruan emosi seperti gangguan dwipolar.
Untuk membantu memecahkan kitaran tekanan, cubalah makan coklat gelap
kerana terdapat gula yang mampu untuk memenuhi keinginan yang disebabkan
tekanan, tetapi 'flavonoid' yang sihat membantu anda lebih tenang.
Produk tenusu rendah lemak seperti yogurt juga boleh memberi kesan yang
sama. Disamping itu, gabungan kalsium dan magnesium boleh membantu
menenangkan tindak balas tekanan.
Orang berbadan kurus juga mempunyai selulit
Selulit disebabkan oleh lemak yang terperangkap di bawah kulit. Kulit
berlapis yang terhasil oleh tisu penghubung yang mengikat kulit dengan
otot, dengan lemak yang terperangkap di antara mereka seperti sandwic.
Anda tidak perlu banyak lemak untuk menyebabkan 'dimpling effect' , jadi
anda boleh mempunyai lemak badan yang rendah tetapi masih mempunyai
sedikit lemak lekuk di bahagian seperti punggung anda atau belakang paha
anda.
Membina otot sementara kehilangan lemak boleh bantu mengurangkan
kemunculan selulit. Selain itu, krim selulit yang khusus dan losyen juga
boleh membantu mengurangkan selulit walaupun mereka tidak boleh membuat
apa-apa tentang lemak dibawah kulit itu.
Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/perkara-yang-anda-tidak-tahu-mengenai-lemak-badan-025221792.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan