Nasihat adalah merupakan salah satu daripada hukum syarak. Hukum asalnya adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
“Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, “Untuk siapa?.” Beliau SAW menjawab, “Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan seluruh umat Islam.” [HR Muslim]
Daripada Jabir bin Abdullah ra, dia berkata:
“Aku berbai’at kepada Rasulullah SAW untuk menegakkan solat, menunaikan zakat, menasihati setiap Muslim.”
Nasihat adalah istilah yang merangkumi pengertian yang menyeluruh dengan tujuan untuk memberikan kebaikan bagi orang yang dinasihati. Nasihat juga boleh dikatakan sebagai satu istilah dan ucapan yang singkat dan padat. Dalam bahasa Arab, tidak ada kata tunggal yang boleh memberikan makna ungkapan yang luas selain daripada makna kata 'nasihat' itu sendiri. Sepertimana yang dikatakan oleh para ulama yang dicatatkan dalam kitab al-Falah: “Tidak ada istilah lain dalam bahasa Arab yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat selain daripada kata nasihat ini.”
Abu Sulaiman al-Khattabi menyatakan ketika mendefinisikan istilah ini, “Nasihat adalah kata yang digunakan untuk mengungkapkan kalimat yang membawa makna menginginkan kebaikan bagi orang yang dinasihati ... asal kata nasihat dari segi bahasa adalah al-khulus (bersih). Dikatakan nasahtu al-'asal (iaitu) ketika aku membersihkan madu itu daripada lilin.”

Inilah pengertian nasihat. Daripada definisi di atas ini, dapat dilihat bahawa nasihat ini sifatnya lebih umum daripada amar makruf nahi mungkar, di mana nasihat itu secara kenyataannya merangkumi lebih daripada sekadar menuntut untuk melakukan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang haram. Skop nasihat bukan terbatas dalam persoalan hubungan antara manusia dengan manusia atau Muslim dengan Muslim sahaja, tetapi cakupannya merangkumi sehingga menjelaskan tentang hubungan antara seorang Muslim dengan Tuhannya, KitabNya dan RasulNya, serta termasuk juga memberikan pandangan dan nasihat dalam perkara dunia dan kehidupan, memberikan nasihat terhadap perkara yang mengandungi kebaikan dan kemaslahatan walaupun perkara tersebut dikategorikan sebagai mandub (sunat) ataupun mubah (boleh/harus).
Untuk memudahkan pemahaman perbincangan di atas, di sini kami berikan analogi ringkas untuk menjelaskan dan menggambarkan tentang perbezaan antara amar makruf nahi mungkar dan nasihat:
Katakan ada seorang peniaga susu yang curang dalam perniagaannya di mana peniaga tersebut telah mencampurkan air dalam susunya sebelum dijual. Lalu anda berkata kepadanya, “Bertaqwalah engkau kepada Allah! Tinggalkanlah perbuatan curang dalam berniaga kerana perbuatan curang seperti ini diharamkan dalam Islam. Pelakunya akan diberikan hukuman oleh Allah SWT. Nabi SAW telah bersabda:
“Barangsiapa yang berlaku curang, maka ia bukanlah termasuk daripada golonganku (umat Islam).”
Ini adalah contoh amar makruf nahi mungkar sekaligus merupakan sebagai nasihat yang diberikan kepada si peniaga tersebut.
Tetapi sekiranya anda berkata kepadanya, “Engkau telah menetapkan harga yang terlalu tinggi terhadap susu yang dijual. Sekiranya engkau dapat turunkan sedikit harganya, pasti akan lebih ramai orang suka untuk membeli susu ini daripadamu.” Maka ucapan seperti ini adalah merupakan nasihat semata-mata dan tidak termasuk sebagai amar makruf nahi mungkar.
1. Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dari Tamim ad-Dari(111)
2. Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahih=nya (57), dan oleh Muslim dalam kitab Shahih-nya(112)
3. Al-Kulliyyat, hal. 908
4. Jami' al-Ulum wal Hikam, karya Ibnu Rajab al-Hanbali, hal. 68
5. Jami' al-Ulum wal Hikam, karya Ibnu Rajab al-Hanbali, hal. 70
6. Ditakhrij oleh Muslim dalam Shahih-nya(176) dari Abu Hurairah
Sumber: http://www.mykhilafah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan