Khamis, 21 Jun 2012

Kentang Lecek Ala Kentaki



Selalunya apabila ingin merasa kentang lecek atau lebih dikenali sebagai whipped potatoes, tempat yang dituju semestinya KFC. Hari ini kita akan berkongsi cara-cara membuat kentang lecek ala kentaki.

Bahan kentang lecek:
500 gram kentang (dikupas )
1 cawan susu segar
50 gram mentega
garam dan serbuk lada putih sebagai perisa.

Cara memasak:
Rebus kentang di dalam air dan bersama sedikit garam. Biarkan merenih sekitar 20 minit atau sehingga kentang dari benar-benar empuk.
Angkat kentang dan toskan. Lecek sehingga halus.
Tambahkan susu segar, mentega sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tambah serbuk lada puthi sebagai perisa.

Bahan kuah kentang lecek
2 sudu minyak masak
50 gram mentega
20 gram tepung gandum
1 batang saderi (dipotong kecil)
1 ulas bawang besar (dipotong kecil)
Serbuk lada sulah dan lada hitam
2 sudu sos tiram
1 cawan air
2 cawan stok ayam (cecair)
1 cawan susu segar (UHT juga boleh)

Cara memasak kuah:
Panaskan minyak masak, goreng daun saderi dan bawang sehingga layu. Angkat dan biarkan sehingga sejuk
Kisar semua bahan goreng tadi sehingga halus. Gunakan sukatan air.
Cairkan mentega menggunakan air kecil, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. Tuangkan air, stok ayam dan susu segar. Kacau perlahan.
Masukkan bahan kisar sambil mengacau. Masak sehingga mendidih dan boleh diangkat.

Sajikan kentang lecek bersama kuah yang telah siap tadi. Jika mahu kuah yang lebih pedas, bolehkan ditambah sedikit serbuk cili.

Diceduk dari:  http://anjungweb.com/resepi-masakan/kentang-lecek-ala-kentaki/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan