skip to main |
skip to sidebar
Adapun
terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga
dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik
dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan
berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman,
beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga
lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa
falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata
bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk
bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin
(orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit,
sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para
nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang
wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di
tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit
tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit
mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah,
Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya,
apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan
bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau
dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan
kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan
permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail
A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih
pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada
malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah
S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah
engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad
dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia
melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di
wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu,
Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis
bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu
bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq,
"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40
tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku
sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum
lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Ada
seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang
fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat
kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya
tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya
memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu
hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang
banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu
suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian
dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah
beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit
itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat
dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu
juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga
membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Sumber: tranungkite.net
Abu
Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami
semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu
tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :
Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia
akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah
kamu?"
Maka
berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga
telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu
siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an
itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun
orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi
kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia
meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya
pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia
walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami
memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Sumber: tranungkite.net
Nabi
Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah
pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina
dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa
hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat
berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,
beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu
tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu
di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi
betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa
terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh keheranan.
Babi
itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam
bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula
seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan
dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan
penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai
kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama
kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis,
mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi
Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi
itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa
yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang
hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya
dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku
sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana
yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku
tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku
berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah
menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih
belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti,
hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya
yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami
naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh
kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami
angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam
neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat
anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang
akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan
syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa
ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat
tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali
pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah
menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga
kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun
dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah
meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni
Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya
mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh
para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu
dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang
anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya
mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Sumber: www.tranungkite.net
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya
di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman
Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari
satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia
adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging
orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta
menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah
yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat
terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
Sumber: www.tranungkite.net
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh
yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa
antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi
dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang
menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi
diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah
pada waktu pagi menghala ke barat.
Engkau dikehendaki berbuat,
pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau
sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan
harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada
keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan
kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna
hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan
pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak
dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu
dengan hasrat untuk memakannya.
Ketika
dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga
menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan
ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun
mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan
perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat
akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali
sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian
ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula.
Nabi
itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka
berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas
itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang
berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar
seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,
"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya
merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam
bajunya.
Melihatkan
keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu
sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar
burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku
dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam
mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi
kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat
keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya
dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang
pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas
kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia
bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun
bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah
Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia
berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana
yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti
semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama
engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit
tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya,
maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima;
bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku,
kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab
kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita
sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
orang lain.
Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang
itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan
di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala
yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah,
sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di
dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang
yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa
walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu
akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan
mengata hal orang walaupun ia benar.
Sumber: www. http://tranungkite.net/v12
Samsung Corby is really a cool series from Samsung mobile phone and some of the models are having some unknown and never said secrets which are really surprising and a lot interesting. I want to share some secrets with you today. First we will go with basic codes and after that we will get into real action.
- *#06# — This will show the IMEI(International Mobile Equipment Identity) number of the mobile phone.
- *2767* 5282# — This will reset the Java Application (It Deletes All Java Midlets which are installed in your phone)
- #*7728# — This is a master reset code which will not delete any thing from your mobile but will set everything to factory default settings when it was on the time when we bought at the time of purchase.
- *#9998*3323# — This code is used to unlock the samsung corby to all networks. It needs some explanation which i have written in another post. You can check out here : http://www.coolpctips.com/2010/09/how-to-unlock-samsung-corby-phone.html
- *#9998*4357# — This will bring a Help Menu where we can select a lot of inbuilt options.
- *#9998*5282# — This will bring a Java Menu where we can set the GPRS/CSD Settings for java server.
- *#9999#0# — This will bring a Monitor Mode Menu.
- *#9999# or *#9998*9999# — This will bring a Software Version Menu.
- *#8888# or *#9998*8888# — This will bring a Hardware Version Menu.
- *#9998*746# or *#9998*0746# or *#0746# — This will give the Sim Information.
- *#9998*523# or *#9998*0523# or *#0523# — This will display the Contrast options.
- *#9998*842# or *#9998*0842# or *#0842# — This will bring the Vibration On options.
- *#9998*289# or *#9998*0289# or *#0289# — This will bring the Buzzer On option.
- *#9998*288# or *#9998*0288# or *#0288# — This will bring the Battery & Field Information.
- *#9998*377# or *#9998*0377# — This will bring the Error log
- *#9998*778# or *#9998*0778# or *#0778# — This will bring the Sim Service table
- *#9998*782# — This will bring the date and alarm clock options.
- *#8999*638# — This will bring the network information.
- *#9998*5646# — This will bring the change operator logo at startup
- *#9998*76# — This will show the production number
- *#9998*968# — This will bring the melody for alarm option.
- *#9998*585# — This will bring the Non-Volatile Memory (NVM) option.
- *#3243948# — This will bring the Digital Audio Interference Off option.
- *#32436837# — This will bring the Digital Audio Interference On option.