Rabu, 9 November 2011

Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi “Mangsa"



"ipp 9 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi MangsaTak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Plant – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

ipp 12 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.
  1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  3. Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  4. Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
  5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?
  • Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
  • Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
  • Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara
Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :
  • Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
  • Ananda Krishnan (Maxis)
  • Lim Goh Tong (Genting)
  • Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)
Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :
  • Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
  • Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)
ipp 9 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :
  • TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya
  • Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah
  • Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik
Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.
Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.
ipp 2 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.
ipp 3 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas.  Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.
ipp 6 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada
  • RM16.974 billion (tahun 2009)
  • RM17.379 billion (tahun 2010)
Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.
ipp 7 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.
 
Sumber: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=10190

Jumaat, 14 Oktober 2011

Sempurnakan Penutupan Aurat Anda

Kebanyakan wanita kini telah mengikut trend memakai tudung, tapi dalam masa yang sama memakai baju dan seluar sendat, memakai baju lengan pendek dan singkat.
Tutuplah aurat dengan sempurna, wahai wanita Islam.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Peristiwa yang menimpa keluarga ku ...

Mayat disangka sampah

KUALA TERENGGANU: “Pada mulanya, saya ingatkan bungkusan sampah.
“Namun, sangkaan saya meleset apabila mendapati ia mayat seorang lelaki,” kata Mazlan Ngah, 51, yang menemui mayat seorang lelaki di tebing Sungai Pulau Sekati, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mayat Wan Mohd Hafiz Wan Kamaruddin, 19, dari Kampung Losong Haji Mat Shafie, dekat sini, ditemui kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan.

Menurut Mazlan, dia menyedari kehadiran sesuatu objek seakan-akan bungkusan sampah dalam sungai itu ketika mengayuh sampan untuk memasang pukat.

“Sebaik menghampirinya, saya terkejut apabila mendapati ia mayat.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mayatdisangkasampah/Article/index_html


 Ingatkan sampah, rupanya mayat 

KUALA TERENGGANU - Disangka sampah, rupanya mayat! Pelik melihatkan bungkusan sampah yang besar, seorang bapa tujuh anak terkejut setelah mendapati bungkusan yang disangkanya sampah rupanya mayat manusia.

:Mazlan Ngah, 51, ketika ditemui berkata, mayat manusia itu dijumpai di dalam sungai, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Pulau Sekati, kira-kira jam 6.20 petang semalam.


Menurutnya, ketika kejadian, dia ke sungai kerana ingin mengambil pukat tetapi tidak menyangka ia adalah mayat seorang lelaki, sebelum bergegas menelefon polis.

Difahamkan, identiti mayat berkenaan adalah seorang remaja yang dikatakan akan melapor diri untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu negara.

:Ketika ditemui, mangsa, Wan Mohd Hafiz Wan Kamaruddin, 19, dari Kampung Losong Haji Mat Shafie berada dalam keadaan terapung dan berpakaian lengkap, baju T serta berseluar panjang.

Mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari tebing Sungai Sekati, dalam keadaan badan sudah berbau dan mula mengembang serta berjaya dibawa naik hasil kerjasama penduduk setempat hampir 30 minit selepas ditemui.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak ketika dihubungi mengesahkan, kematian remaja terbabit tiada unsur jenayah dan siasatan awal mendapati mangsa lemas sejak dua hari lalu berdasarkan kupasan kulit badan mangsa dan fizikal badan serta mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum dibenarkan dituntut ahli keluarganya. 

http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story9616003.asp 


Al-Fatihah buat arwah ..

Jumaat, 23 September 2011

PERANAN NEGARA DALAM MENJAGA AQIDAH UMAT


Gejala sosial yang berlaku seringkali mendapat liputan meluas media.  Setiap kali timbul isu masalah sosial, pelbagai pihak akan tampil untuk mencadangkan langkah penyelesaian terhadap gejala ini.  Lazimnya, pihak sekolah, ibu bapa, pertubuhan sosial dan pusat kebajikan merupakan golongan masyarakat yang akan tampil untuk mencari penyelesaian.  Namun, tidak kelihatan peranan negara.  Di mana peranan negara sebagai pihak yang paling berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini?  Sayang sekali, peranan negara dalam menangani permasalahan ini seringkali dipandang sepi.  Jika ada sekalipun, “mereka” hanya sekadar sebagai pengulas isu-isu yang terjadi seterusnya mencadangkan perlaksanaan hukuman terhadap pesalah terbabit. Malangnya, semua cadangan yang dilontarkan hanyalah penyelesaian jangka pendek.  Masalah gejala sosial terus menular.  Adakah benar sekadar itu kemampuan negara menyelesaikan masalah gejala sosial ini atau sebenarnya negara tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menyelesaikannya?  Apakah sebenarnya peranan dan fungsi negara dalam menangani gejala sosial ini?  Cukupkah sekadar menjatuhkan hukuman kepada si pesalah?
 
Media dan Keadaan Sekeliling Bebas Mempromosikan Seks
Sebelum penjelasan difokuskan kepada peranan negara, kita perhatikan terlebih dahulu analisis berkaitan faktor-faktor pemangkin gejala sosial pada hari ini.  Sebenarnya,terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial sehingga memberikan pengaruh yang buruk kepada rakyat, khususnya remaja.  Contoh yang paling mudah untuk memperlihatkan kepincangan ini ialah iklan yang dipaparkan di media cetak dan elektronik.  Iklan yang dipaparkan acapkali menyelitkan unsur-unsur seks sebagai pelaris produk yang dipasarkan. Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah unsur seks itu suatu yang begitu sinonim dengan iklan dan sebagai pelaris.  Hal ini dapat dilihat hampir dalam semua iklan, daripada barangan kegunaan harian seperti syampu, minyak wangi dan sebagainya, hinggalah ke busana dan fesyen, hatta termasuk juga iklan kereta dan barangan mewah lainnya.  Kebanyakan produk menggunakan wanita seksi sebagai bahan tarikan sesuatu produk.

Program-program televisyen yang dipertontonkan juga tidak ketinggalan menjadikan seks sebagai tarikan.  Jika si hero dalam sesebuah rancangan digambarkan dengan imej ganas, si heroin pula disinonimkan dengan imej seksi dan menggoda.  Imej seksi yang menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita sepatutnya dijauhi daripada ditonton.  Ibrahim M.Hefzallah dalam bukunya, Critical Viewing of Television, menyatakan televisyen banyak memaparkan hubungan seks yang berulangkali dan keterlaluan.  [Petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda,terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang].
Drama atau filem yang mengetengahkan unsur-unsur cinta antara lelaki dan perempuan pula akan berakhir di ranjang untuk menunjukkan kononnya itulah tanda cinta sejati.  Kesan buruknya ialah remaja akan menganggapnya sebagai lumrah dalam kehidupan seharian.  Secara tidak langsung pembinaan syakhsiyyah para remaja telah diambil alih oleh media kerana apa-apa yang dipaparkan begitu mudah mempengaruhi mereka.Lebih teruk lagi, program kanak-kanak yang ditayangkan turut ditokok tambah dengan eleman seks seperti kartun Sin Chan, Chibi Maruko Chan dan lain-lain.

Manusia, secara fitrahnya diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan gharizah an-nau’ (naluri melestarikan keturunan/naluri seks) yang pastinya akan terkesan apabila melihat realiti yang berada di sekeliling mereka hari ini.  Ini kerana, munculnya naluri ini adalah disebabkan oleh rangsangan yang muncul di sekitar mereka.  Gharizah an-nau’dirangsang apabila penonton didedahkan dengan tayangan-tayangan yang berunsur seks di media elektronik dan media cetak seterusnya terperangkap dalam gejolak nafsu sehingga mampu membawa mereka membayangkan kenikmatan melakukan hubungan dengan lawan jantina.

Keadaan ini menjadi lebih parah lagi dengan suasana persekitaran yang dipenuhi dengan unsur-unsur seks sama ada di papan-papan iklan, wanita dan lelaki yang mendedahkan aurat di sana-sini, majalah hiburan, cakera padat lucah yang mudah dibeli, premis urutdan pusat hiburan yang terbuka untuk dikunjungi.  Keadaan ini sangat mungkin untuk merangsang syahwat seseorang.  Jika tidak ditangani dengan cara yang dianjurkan syarak, maka tidak hairan jika zina, sumbang mahram dan seks bebas yang berakhir dengan pembuangan bayi-bayi akan terus berleluasa.

Tidak cukup dengan itu, kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) pula diperkenalkan dalam sistem pendidikan.  Visinya adalah untuk menyelesaikan masalah gejala sosial.  Persoalannya, mampukah kurikulum baru ini menghalang gejala sosial dalam kalangan remaja?  Secara faktanya, PKRS tidak banyak beza dengan pendidikan seks yang telah lama bertapak di barat.  PKRS dilaksanakan bertujuan agar para remaja memperolehi maklumat lengkap tentang seksualiti, kesihatan reproduksi dan cara mengatasi masalah kesihatan reproduksi.  Para remaja kononnya berhak memperolehi penerangan yang tepat dan benar tentang kesihatan reproduksi sehingga dapat berperilaku secara sihat dan menjalani kehidupan seksual yang bertanggungjawab.  Namun, cuba bayangkan keadaan para remaja yang terus-menerus disodorkan dengan maklumat tentang seks, dan dalam masa yang sama juga mereka diperkenalkan dengan kondom dan pil perancang keluarga.  Tidakkah keadaan ini merangsang gharizah an-nau’ mereka untuk mencuba sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan?  Secara logiknya, bukankah keadaan ini bakal menyemarakkan lagi seks bebas serta mengundang seribu satu permasalahan lainnya yang tidak akan pernah berakhir?

Halangan Menikah
Tidak dinafikan terdapat sebilangan remaja yang masih bersekolah atau sedang melanjutkan pelajaran merasakan mereka tidak mampu menahan gejolak nafsu serta rangsangan syahwat akibat suasana persekitaran yang begitu hebat mengasak naluri mereka.  Lalu, demi menjauhi perbuatan zina dan maksiat, mereka meminta izin daripada keluarga untuk menikah.  Malangnya, keinginan mereka ini mendapat tentangan dan tidak direstui keluarga dengan alasan masih belajar dan tiada jaminan masa depan jika berkahwin di usia muda.  Sudahlah dihalang keluarga, prosedur mahkamah syariah pula menyulitkan pasangan muda ini.

Misalnya, mengikut Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (NegeriSelangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”

Menurut peruntukan di atas, perkahwinan seorang perempuan yang didefinisikan sebagai bawah umur (walaupun telah mencapai umur baligh menurut hukum syara’) hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari mahkamah syariah.  Jika bapa atau datuk menikahkan anak atau cucu perempuan yang di bawah umur minimum untuk berkahwin tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, maka ia adalah satu tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 EUUKIS.  Jika sabit kesalahan, individu terbabit didapati telah melakukan suatu kesalahan dan akan dihukum denda tidak melebihi RM1,000.

Padahal, Islam telah menetapkan hukum berkenaan masalah ini.  Hukum mengahwini atau mengahwinkan seorang perempuan yang belum baligh (belum haid) sekalipun adalah mubah (boleh/harus) dan sah sekiranya memenuhi rukun dan syarat perkahwinan.  Dalil tentang keharusan perkahwinan seperti ini adalah dari al-Qur’an dan as-Sunnah.  Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud,

“Dan perempuan-perempuan yang sudah tidak haid lagi (menopause) di antara perempuan-perempuanmu, jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan dan begitu (juga) perempuan-perempuan yang belum haid.  Dan bagi perempuan-perempuan yang hamil, iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.  Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”.  [TMQ at-Thalaq (65):04].
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya ada menyatakan bahawa maksud “lam yahidhna” (perempuan-perempuan yang tidak haid) adalah “as-shighar al-la’iy lam yablughna sinnaal-haidh” (anak-anak perempuan kecil yang belum mencapai usia haid).  Tambahan pula, Imam Suyuthi dalam kitabnya Al-Iklil fi Istinbath At-Tanzil hal. 212 menyebut Ibnul Arabi, yang mengatakan, “Diambil pengertian dari ayat itu, bahawa seorang [wali] boleh menikahkan anak-anak perempuannya yang masih kecil, sebab iddah adalah cabang daripada nikah”.  Jadi, secara tidak langsung, ayat dari Surah at-Thalaq di atas menunjukkan kebolehan menikahkan anak perempuan yang belum haid.

Manakala dalil as-Sunnah adalah hadis dari Aisyah Radhiallahu‘Anha yang bermaksud, “Bahawa Nabi Sallallahu  Alaihi wa Sallam telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi Sallallahu alaihi wa sallam selama 9 tahun” [HR Bukhari].  Dalam riwayat lain disebutkan, “Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam menikahi Aisyah Radhiallahu ‘Anha ketikaAisyah berumur 7 tahun dan Nabi berumah tangga dengan Aisyah ketika Aisyah umurnya 9 tahun [HR Muslim].

Daripada dalil-dalil di atas, dapat difahami bahawa menghalang perkahwinan pasangan muda adalah tindakan yang menyalahi syarak kerana syarak jelas membolehkan perkahwinan perempuan yang belum baligh apatah lagi yang sudah baligh.  Alasan perkahwinan muda tidak menjamin masa depan adalah sangat tidak wajar.  Justeru, mentaliti ibu bapa zaman sekarang dan prosedur rumit yang diperuntukkan oleh mahkamah syariah ini secara tidak langsung mendorong sebilangan remaja nekad lari dari rumah atau kahwin lari kerana mahu memenuhi niat mereka itu.  Akibat yang lebih buruk lagi, ramai dalam kalangan mereka memilih untuk berzina.  Bukankah ini tiada bezanya dengan membiarkan mereka melakukan seks bebas dan seterusnya mendorong pembuangan bayi jika hamil hasil hubungan itu?

Peranan Negara Menjaga Keimanan Rakyat
Negara, dalam pandangan Islam, memiliki peranan yang sangat penting dalam mewujudkan generasi yang mempunyai syakhsiyah mulia.  Negara berkewajipan untuk melindungi setiap rakyatnya daripada segala bentuk kerosakan dengan menerapkan seluruh peraturan yang sesuai dengan fitrah manusia.  Peraturan yang diterapkan pastinya merangkumi segala aspek kehidupan manusia.  Peranan negara yang berlandaskan Islam telah terbukti mensejahterakan hidup manusia selama berabad-abad semasa zaman kegemilangan Islam sepanjang 1400 tahun yang lalu.

Berkenaan kewajipan menjaga keimanan rakyat umumnya dan menangani gejala sosial khususnya, negara seharusnya proaktif melakukan pencegahan dari awal lagi.  Negara wajib melaksanakan sistem pendidikan yang berasaskan aqidah Islam dan tidak memberi ruang kepada konsep-konsep yang rosak seperti kebebasan bertingkah laku. 

Sistem pendidikan Islam bertujuan mendidik dan mencetak peribadi-peribadi yang bersyaksiyah Islam agar tumbuh menjadi insan yang beriman dan bertakwa.  Selain mendidik, negara juga bertanggungjawab untuk menghapuskan realiti dan pemikiran-pemikiran yang membawa kepada timbulnya gejolak asmara dan rangsangan nafsu rakyatnya seperti menguatkuasakan larangan mendedahkan aurat; melarang pembinaan premis hiburan; rumah urut dan mengawal selia segala bahan-bahan media sama ada tayangan drama, filem, iklan, maklumat daripada surat khabar, majalah, internet, VCD dan seumpamanya.  Unsur-unsur yang memicu kepada seks bebas ini dilarang keras daripada berada di tengah-tengah umat supaya tidak memberikan kesan negatif kepada mereka.

Negara Khilafah yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam pemerintahannya ternyata berupaya mengatasi pelbagai masalah dalam kalangan umatnya.  Sejarah kejayaan negara khilafah sebelum ini bukan hanya dengan mewar-warkan konsep dan slogan tertentu semata-mata, malah sejarah panjang kegemilangan kaum Muslim tersebut membuktikan bahawa penyelesaian tersebut benar-benar dapat direalisasikan.

Jika kini, prosedur nikah di bawah usia dipersulitkan oleh Mahkamah Syariah, berbeza dengan zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.  Beliau pernah mengarahkan pegawainya yang bertugas membahagikan sedekah serta menawarkan bantuan kepada sesiapa yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu.  Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam juga menggalakkan sesiapa yang mampu berkahwin untuk berkahwin seperti sabda baginda:  “Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin.  Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan.  Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai”  [HR Ibnu Mas’ud].  Ini bermaksud gejala seks bebas atau hamil sebelum nikah dapat ditangani dengan cara yang dihalalkan Islam iaitu melalui jalur pernikahan atau berpuasa sunat bagi mengekang nafsu.

Selain daripada usaha mendidik dan mencegah, negara jugalah yang berperanan sebagai pelaksana hukum Allah dan RasulNya.  Dengan kata lain, Negara berperanan menjatuhkan hukuman bagi pesalah yang melakukan kesalahan tanpa memilih bulu.  Allah Subhanahu wa Taala berfirman “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” [TMQ Al Maidah (5): 49]
Hadits riwayat Abu Hurairah r.a. ia berkata: Dari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya.  Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala.  Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya”. [HR Muslim]

Jadi, zina dan faktor-faktor yang mengarah kepada terjadinya zina sama sekali tidakakan diberi peluang untuk tumbuh subur dengan penerapan hukuman yang sangat berat bagi pelakunya.  Bagi kes zina contohnya, penzina yang belum pernah bernikah akan dihukum dengan seratus kali sebat, sementara bagi yang pernah bernikah akan dihukum rejam sehingga mati.  Ini berdasarkan perintah Allah dalam firmanNya:

"Perempuan dan lelaki yang berzina, deralah masing-masing dari keduanya dengan seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhir dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian dari orang-orang yang beriman.”  [TMQ an-Nur (24):2]. 

Bagi kes perlakuan aksi lucah dan pornografi, sesiapa yang melakukan tarian atau gerakan erotik (merangsang) dan dapat membangkitkan syahwat di tempat-tempat umum, melakukan perbuatan-perbuatan yang melanggar adab serta melakukan perbuatan cabul dan seumpamanya akan dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan lamanya dan jika dia mengulangi perbuatannya, maka hukumannya akan ditambah menjadi hukuman penjara selama dua tahun dan disebat. [Abdul Rahmah alMaliki, Nizham al Uqubat].  Tegasnya ancaman hukuman Islam seperti inilah yang akan menjadi pencegah bagi merebaknya zina, aksi lucah mahupun seks bebas dalam masyarakat, sekaligus menjadi penebus dosa bagi pelakunya.

Jaminan perlaksanaan hukuman yang tegas dan tidak memilih bulu akan dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan perlanggaran hukum.  Dalam pandangan Islam, hukuman yang berpandukan wahyu Allah ini dapat berfungsi sebagai pencegah (zawajir) dan sekaligus penebus (jawabir).  Dikatakan sebagai pencegah kerana tegas dan beratnya ancaman hukuman akan membuatkan seseorang berfikir panjang sebelum melakukan kesalahan.  Sebagai penebus, kerana seseorang yang bersalah dan kemudian dihukumi dengan hukum Islam sesuai dengan jenis kesalahannya, maka hukumannya ituakan menjadi penebus dosa bagi dirinya di akhirat kelak.

Tidak hairanlah dalam sejarah Islam tercatat kisah perzinaan yang dilakukan oleh Al-Ghamidiah dan Ma’iz al-Aslami yang secara sukarela minta dijatuhi hukuman rejam ke atas mereka sendiri oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sebagaiqadhi (hakim) dan pemimpin negara pada masa itu.  Inilah bukti bahawa negara yang menerapkan hukum Islam dalam seluruh aspek kehidupan dapat melahirkan individu-individu yang rela hati mengakui kesalahan dan segera insaf dan bertaubat dengan perlanggaran yang dilakukan.  Masih wujudkah generasi sebegini dalam kehidupan kita kini?

Ternyata, masalah sosial yang dihadapi saat ini adalah akibat daripada penerapan sistem sekular yang tidak menjadikan agama sebagai sumber hukum.  Hasil daripada sistem sekular itu, maka lahirlah sistem pemerintahan demokrasi.  Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi mengabaikan aqidah Islam sebagai asas pemerintahan dan pemeliharaan urusan rakyatnya.  Negara demokrasi juga mengiktiraf liberalisme (kebebasan) yang memberi ruang kepada seseorang untuk bertingkah laku sesuka hatinya.

Khatimah
Wahai muslimah sekalian!

Sesungguhnya negara Islam sebenar adalah negara yang hanya menjadikan aqidah Islam sebagai tunjang dalam pemerintahannya.  Pemerintahan yang disandarkan kepada aqidah Islam ini jugalah yang dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin yang bertakwa sepanjang memerintah selama berabad lamanya.  Ketahuilah bahawasanya negara memiliki peranan yang sangat penting dalam menjaga masyarakat melalui penerapan seluruh hukum Islam.  Negara menjadi tiang penting bagi tertegaknya sistem Islam.  Hanya saja negara bukanlah satu-satunya penentu yang menjamin keberlangsungan tegaknya seluruh sistem dan syariat Islam namun harus disokong dengan wujudnya ketakwaan pada individu-individu umat ditambah dengan adanya kawalan yang kuat daripada masyarakat untuk sama-sama melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Adanya hubungan ta’awuniyyah (tolong menolong) sesama individu, masyarakat dan negara sebegini dapat menjamin pelaksanaan syariat Islam yang berhasil menyelesaikan bukan sahaja gejala sosial malah pelbagai bentuk permasalahan lainnya sebagaimana yang difirmankanNya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikandan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.”   [TMQ al-Maidah (5):2].
Wallahu a’lam

Sumber: :  http://www.mykhilafah.com

Jumaat, 22 Julai 2011

Busana Muslimah: Betul VS Salah

Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH.  Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.

Poster yang sangat bagus untuk disebarkan


Cara Yang Betul

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal.  Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…

Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
  2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh.  Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya.  Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.
Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat.  Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai.  Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka.  Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.
WAllahu Ta`ala A`lam.