HARI
Jumaat, merupakan hari yang sangat istimewa dalam Islam. Sebagaimana
yang sudah sedia kita ketahui. Ada banyak hal yang disebutkan hadith
berkaitan hari Jumaat ini.
Apakah
ia? Berikut hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan hari Jumaat.
Ayuhlah bersama kita hayati dan mengertikannya, insya’Allah.
(1)
Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda ,
maksudnya; “Sebaik -baik hari yang terbit matahari ialah pada hari
Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga baginda
dikeluarkan dari Syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada
hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah
melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(HR Muslim)
(2)
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Sesungguhnya hari Jumaat adalah
penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu
Wa Taala iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Idul Adha dan
Hari Raya Fitrah yang mana pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian.
Pertamanya hari yang dijadikan Adam Alaihissalam dan baginda di
turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya
Adam Alaihissalam dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa
dikabulkan kecuali doa-doa orang berbuat maksiat, dan hari Jumaat itu
juga akan terjadinya Kiamat.
(HR Ibnu Majah)
(3)
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya harimu yang paling
utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada
hari itu, kerana Salawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya :
Wahai Rasulullah, bagaimana Salawat kami ditunjukkan kepadamu
sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
menjawab: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi
(tidak hancur).”
(HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah)
(4)
Rasulullah
bersabda maksudnya: “Barang siapa yang berwudhu dan kemudian dia pergi
ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak
bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada
di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya.”
(HR Muslim)
(5)
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Pada hari Jumaat terdapat satu
waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah
melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas
Asar.”
(HR Abu Daud)
(6)
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Tidaklah seseorang Muslim itu
meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah
menyelamatkannya daripada fitnah kubur (soalan di dalam kubur).
(HR At-Tirmizi)
(7)
Rasulullah
Sallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat
dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara
kedua- duanya selagi mana dijauhi dosa- dosa besar.”
(HR Muslim)
______________________________________
Pada
hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita meningkatkan amalan kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam
melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat.
Ayuhlah
kita perbanyakkan doa dan selawat di hari yang penuh barakah ini. Moga
kita mengisi hari Jumaat dengan sebaik-baiknya serta semoga kita
diberikan keberkahan dan keampunan daripadaNya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Salam Jumaat.
Rujuk- http://malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/atriza-umar/2564-hari-yang-sangat-istimewa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan