Sabtu, 18 Jun 2011

Satu Kaedah Memagar Rumah dan Kawasan


CARA ‘MEMAGAR’ BANGUNAN & KAWASAN
(Kaedah Ikhtiar Muslim)
‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM)
1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam.
2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan.
3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik.
4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYA dimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki.
5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula.
6. Cara merenjis – Paling mudah gunakan botol ‘spray’. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah di isi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot.
7. Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Quran ataupun doa berterusan. BIASANYA orang suka baca Ayat Kursiy. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayat-ayat yang lain.
8. Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. ‘Spray’/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas.
9. Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja.
CARA ‘MEMAGAR’ KAWASAN RUMAH.
Lebih kurang sama seperti cara memagar dalam rumah.
1. Berdiri menghadap pintu pagar/ laluan utama ke luar. Lihat sebelah kanan rumah. Perenggan/ pagar / sempadan itulah yang dimaksudkan. Mula memagar dari situ. Berjalan di tepi semua pagar/ sempadan sambil merenjis/ menabur bahan. Sambil berjalan, baca ayat-ayat pilihan (biasanya Ayat Kursiy).
2. Mulakan dengan azan/ iqamah di dalam rumah. Kemudian seorang baca surah Al-Baqarah. Seorang lagi merenjis (jika air) ataupun menabur (jika lada hitam, garam atau lain-lain).
3. Cara merenjis/ menabur sama seperti memagar dalam rumah.
4. Akhirnya, pandang bumbung rumah, renjis/lontar sedikit bahan sebagai syarat.
Apakah ‘pagar’/’benteng’ yang dibuat boleh ditembusi?
Ya, antaranya dalam keadaan-keadaan berikut:
1. Pagar sudah lama. Selang beberapa bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain.
2. Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang.
3. Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tak berjaya tembus.
4. Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. BIASANYA jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah ‘family member’ (sudah jadi ahli keluarga tersebut). ‘Family member’ boleh keluar masuk sesuka hatinya.
Bagaimana cara untuk mengukuhkan pagar?
1. Penghuni rumah/kawasan lakukan amal-amal soleh, dan buat amalan-amalan pendinding seperti selalu/ setiap hari al-Ma’thurat, atau Manzil, atau apa-apa wirid yang sesuai.
2. Perbaharui pagar selang beberapa bulan/ tahun.
Siapakah yang boleh melakukan proses memagar?
Perawat, tuan rumah atau sesiapa sahaja Muslim yang ada keyakinan.
Tandas dan bilik air tak dipagar. Tidakkah berbahaya?
1. Luar kawasan rumah sudah dipagar. Jadi tak perlu risau.
2. Sebelum masuk bilik air/ tandas, baca doa : “Allaahummainni a’uzhubika minal qubuthi wal qabaaith.”
3. Untuk menguatkan lagi, boleh saja berzikir DI DALAM HATI semasa berada di dalam bilik air/ tandas.

Sumber: http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2011/06/satu-kaedah-memagar-rumah-dan-kawasan.html

Mengapa Orang Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

 Image

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau, ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

 Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

 Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

 Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

 Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi

pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri

 tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Di alih bahasa oleh :
Adibah Mohd Noor
Matriculation Lecturer
Department of Sciences
UIA Matriculation Centre
PJ, Selangor.

Sumber: http://www.very-funny-video.com/v2/content/view/167/1/
_________________________________________

Di dalam Islam, amalan membaca Quran serta mengamalkan ajarannya dengan sesyumul mungkin juga menjadikan umat Islam genius, segenius umat terdahulu. Buktinya, banyak pelajar² di madrasah² yang hanya mempelajari kitab² agama dan Quran sahaja, bila mereka menduduki SPM, tanpa belajar subjek² tersebut (SPM) secara formal, mereka mendapat kelulusan yg cemerlang. Begitu juga pelajar² sekolah kerajaan yg lebih menekankan hafazan Al Quran seperti Sekolah Imtiaz di Terengganu, juga mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Jadi dengan membaca Quran dan jika dapat menghafaz Quran lebih baik lagi, Insyaallah dapat menjadikan umat Islam lebih genius.

Wallahua'lam

Isnin, 30 Mei 2011

Bagaimana Orang Islam Boleh Termakan Babi.



Untuk makluman semua.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. 

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia .Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda. 

Sumber: http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/

Jumaat, 20 Mei 2011

Mengapa Jemaah Islamiah Memilih Gerakan Orang kafir Sebagai Rakan Seperjuangan?

Umat Islam terpinga pinga apabila ada jemaah perjuangan Islam bergabung dengan jemaah perjuangan orang kafir.Apakah matlamat dan tujuan jemaah Islamiah itu? Sedangkan orang kafir mempunyai perjuangan dan idelogi yang amat berbeza dengan mana mana jemaah Islamiah.Apatah lagi jika jemaah kafir itu jelas menunjukkan anti atau tentangan nya terhadap perkembangan Islam. Adakah  jemaah Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dan bergantung dengan orang kafir yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi jemaah Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan (dari bantuan kawan dan inspirasi ideologi kuffar agaknya) siapakah yang hendak dia tentang? Jemaah orang kafir atau jemaah Islam yang lain.?


Mengapa jemaah yang rasa lemah tidak bergabung dengan jemaah Islamiah yang lain yang lebih kuat? Bukan kah ini akan menambah kuat dan kukuh nya jemaah jemaah  Islam? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.Mengapa tidak jadikan ikatan jemaah Islamiah itu kukuh saperti batang batang  lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh menjadi sebatang penyapu? Penyapu yang boleh menyapu bersih segala kemungkaran ?
Alasan yang biasa di beri oleh pemimpin pemimpin jemaah Islam yang bergabung dengan jemaah orang kafir sangat lah lemah.Ada memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli jemaah orang kafir tersebut.Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa  tidak bergabung aje dengan badan badan agama kristian, buddha atau hindu  untuk berdakwah?
Ada juga jemaah dan negara umat Islam bergabung atau jadi “ally” dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan “protection” saperti negara Arab Saudi dan Kuwait.
Namun dalam hal ini Allah telah memberi amaran kepada umat Islam yang maksudnya:-


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).


“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,”Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.
[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]


Wallahu’alam
Sumber: http://fitrahislami.wordpress.com/2011/04/06/mengapa-jemaah-islamiah-memilih-kaum-kafir-sebagai-rakan-seperjuangan/

Teknologi Yang Merugikan Umat Islam

Teknologi moden dan canggih dikatakan banyak membantu umat Islam dalam kehidupan harian dan dalam penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat.
Sebaliknya ramai yang tidak menyedari, teknologi yang dikatakan banyak membantu itu sebenarnya banyak juga yang merugikan umat Islam.

Contoh : Sistem Pembesar Suara.

Banyak digunakan di masjid² atau surau² bagi tujuan azan, kuliah atau khutbah. Alat pembesar suara dikatakan bermanafaat bila azan dapat didengari dari jarak yang lebih jauh dan lebih kuat .

Apa yang rugi?

Rasulullah mengajar, apabila hendak melaungkan azan, muazzin disunatkan naiklah ke tempat yang tinggi dan disunatkan pula bila azan, memalingkan ke kanan dan ke kiri supaya azan dapat didengari  dari semua arah.
Bila alat pembesar suara digunakan, muazzin hanya melaungkan azan di  sebuah bilik kecil dalam masjid atau surau tanpa perlu ke tempat tinggi. Muazzin telah terlepas pahala sunat dalam perkara melaungkan azan tadi.

Kemudian, Imam memimpin solat jemaah dengan memakai alat mikrofon dan setiap bacaan  Imam dapat didengari dengan lantang di setiap penjuru masjid, malah hingga ke luar masjid pun dapat didengari .

Selepas itu, giliran ustaz pula untuk menyampaikan kuliah. Ustaz pun menggunakan alat mikrofon juga semasa menyampaikan kuliah dan kuliah ustaz dapat didengari di seluruh ruang masjid hinggalah ke luar masjid pun dapat didengari kuliah ustaz. Bila kuliah dapat didengari dimana saja, ahli jemaah boleh mengikuti kuliah ustaz di mana saja, di sudut belakang masjid, di tangga masjid, hatta di tempat meletak kereta sekali pun masih dapat ikuti kuliah ustaz.

Apa yang rugi?

Dalam menuntut Ilmu, antara adab² menuntut ilmu malah sunat dilakukan adalah murid² duduk hampir dengan guru atau ustaz. Bila pembesar suara digunakan, adab² tersebut tidak lagi dipraktikkan, maka tiadalah pahala sunat yang diperoleh kerana meninggalkan sunat² ketika menuntut ilmu.
Kemudian, jika ketika kuliah sedang berlangsung, datang para² musafir singgah untuk menunaikan solat, maka akan terganggulah solat si musafir dengan suara kuat dari kuliah ustaz tersebut.
Seandainya pembesar suara tidak digunakan, ahli jemaah akan mendekati ustaz untuk mendengar kuliah dan terjagalah adab² menuntut ilmu dengan sendirinya serta berkatlah majlis ilmu tersebut bila adab² menuntut ilmu dipatuhi. Manakala si musafir pula dapat solat di sudut belakang masjid dengan aman tanpa gangguan kuliah ustaz.

Wallahua'lam

Khamis, 19 Mei 2011

Maksiat yang dibanggakan

Jika wanita² Islam berpakaian agak menjolok mata dan beraksi dengan gaya yang agak lucah di khalayak ramai, biasanya mereka akan dikecam oleh masyarakat terutama golongan cerdik pandai ugama.
Berlainan pula jika perkara demikian dilakukan atas nama SUKAN, tiada kecaman didengar malah dibanggakan pula terutama oleh ibubapa mereka dan juga masyarakat.
 
 

 Tentu sekali bapa² kepada atlit² di atas berbangga dengan pencapaian anak gadis mereka mewakili negara mempamerkan "aksi² menarik" dengan berpakaian sedemikian rupa.

Lagi "aksi² menarik" oleh para gymnast ....
 
  

Hairan jugak, tak malu pulak mereka beraksi begitu !!!!! ....

Banggakah kita jika anak gadis kita begitu? 

 


Selasa, 17 Mei 2011

JAKIM ~ Menjaga Kepentingan Umat Islam atau Menjaga Kepentingan Pengilang / Pengeluar Produk?

PASTIKAN PRODUK GELATIN ADA HALAL

Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ianya memperolehi sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom berkata, JAKIM hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang seratus peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan DNA babi.
Antara kategori pensijilan halal yang dikeluarkan JAKIM  ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan, ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain. Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil itu.Di samping itu, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau jualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperolehi sijil Halal.
Untuk pengetahuan semua, JAKIM hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk tidak halal. Sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada JAKIM atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my       
 http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110314095318&type=NEW
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bila JAKIM berpendirian  " tidak akan mendedahkan produk tidak halal ", maka JAKIM telah mengabaikan kepentingan Umat Islam dan membiarkan umat Islam terus memakan atau meminum dan menggunakan produk² yang tidak halal (HARAM) . Umat Islam atau pengguna tiada kuasa untuk menyiasat dan menganalisis sesuatu produk samada ia halal atau haram.
Yang mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menganalisis hanyalah JAKIM, Jabatan Kesihatan atau Jabatan Kimia.
Jika JAKIM mengetahui sesuatu produk itu haram, seharusnya pihak JAKIM menghebahkan kepada seluruh umat Islam supaya umat Islam terpelihara dari memakan atau meminum atau menggunakan produk yang HARAM.

Sekarang, bila JAKIM tidak mendedahkan produk tidak halal kepada masyarakat Islam khasnya, kepentingan siapa yang dijaga oleh JAKIM????