Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 8 November 2013

Perbezaan Antara Amar Makruf Nahi Mungkar Dan Memberikan Nasihat


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nasihat adalah merupakan salah satu daripada hukum syarak. Hukum asalnya adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

“Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, “Untuk siapa?.” Beliau SAW menjawab, “Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan seluruh umat Islam.” [HR Muslim]

Daripada Jabir bin Abdullah ra, dia berkata:

“Aku berbai’at kepada Rasulullah SAW untuk menegakkan solat, menunaikan zakat, menasihati setiap Muslim.”

Nasihat adalah istilah yang merangkumi pengertian yang menyeluruh dengan tujuan untuk memberikan kebaikan bagi orang yang dinasihati. Nasihat juga boleh dikatakan sebagai satu istilah dan ucapan yang singkat dan padat. Dalam bahasa Arab, tidak ada kata tunggal yang boleh memberikan makna ungkapan yang luas selain daripada makna kata 'nasihat' itu sendiri. Sepertimana yang dikatakan oleh para ulama yang dicatatkan dalam kitab al-Falah: “Tidak ada istilah lain dalam bahasa Arab yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat selain daripada kata nasihat ini.”

Abu Sulaiman al-Khattabi menyatakan ketika mendefinisikan istilah ini, “Nasihat adalah kata yang digunakan untuk mengungkapkan kalimat yang membawa makna menginginkan kebaikan bagi orang yang dinasihati ... asal kata nasihat dari segi bahasa adalah al-khulus (bersih). Dikatakan nasahtu al-'asal (iaitu) ketika aku membersihkan madu itu daripada lilin.”

Abu Amr bin as-Salah berkata, “Nasihat adalah istilah umum yang menyeluruh, merangkumi kebaikan yang dilakukan oleh orang yang memberikan nasihat kepada orang yang dinasihati, baik dalam bentuk kehendak ataupun tindakan. Nasihat untuk Allah SWT adalah bermaksud mengEsakan Allah dan memberikanNya sifat dengan sifat yang mulia dan agung, mensucikanNya daripada segala sesuatu yang bertentangan dan berlawanan dengan sifatNya, menjauhkan diri daripada bermaksiat kepadaNya, mentaatiNya, cinta keranaNya, marah keranaNya, memerangi siapa sahaja yang kufur kepadaNya, dan tindakan lain yang seumpama dengannya, mengajak dan melaksanakan semua perkara di atas. Nasihat pada KitabNya adalah bermaksud mengimaninya, mengangungkannya dan mensucikannya, membacanya dengan sebenar-benarnya, menepati perintah dan larangannya, memahami ilmu-ilmu dan pelbagai perumpamaan yang terdapat di dalamnya serta merenungkan ayat-ayatnya, mengajak orang untuk menetapinya, mengecam penyimpangan yang dilakukan oleh orang-orang yang melampaui batasnya dan melawan orang yang mengingkarinya. Nasihat pada Rasulullah SAW adalah bermaksud mengimaninya dan mengimani risalah yang dibawa olehnya, menghormati dan memuliakannya, teguh dalam mentaatinya, menghidupkan sunnahnya dan menyebarkan ilmu-ilmunya, menentang siapa sahaja yang memusuhinya, dan setia kepada orang yang setia kepadanya dan kepada sunnahnya, berakhlak dengan akhlaknya dan beradab dengan adabnya, mencintai keluarganya, para sahabatnya dan sebagainya. Nasihat kepada para imam/pemimpin kaum Muslimin bermaksud menolong dan mentaati mereka di atas kebenaran, mengingatkan mereka dengan lemah lembut, mendoakan mereka agar senantiasa diberi petunjuk. Nasihat kepada seluruh kaum Muslimin pula bermaksud menunjukkan mereka kepada kemaslahatan mereka, mengajarkan mereka tentang pelbagai urusan agama dan dunia mereka, menutup aib mereka, menjaga hakmilik mereka, menolong dan membela mereka dalam melawan musuh mereka, menjauhkan diri daripada menipu dan berdengki dengan mereka, mencintai mereka seperti mencintai diri sendiri, membenci agar mereka terkena sesuatu sepertimana yang dibenci mereka dan sebagainya.

Inilah pengertian nasihat. Daripada definisi di atas ini, dapat dilihat bahawa nasihat ini sifatnya lebih umum daripada amar makruf nahi mungkar, di mana nasihat itu secara  kenyataannya merangkumi lebih daripada sekadar menuntut untuk melakukan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang haram. Skop nasihat bukan terbatas dalam persoalan hubungan antara manusia dengan manusia atau Muslim dengan Muslim sahaja, tetapi cakupannya merangkumi sehingga menjelaskan tentang hubungan antara seorang Muslim dengan Tuhannya, KitabNya dan RasulNya, serta termasuk juga memberikan pandangan dan nasihat dalam perkara dunia dan kehidupan, memberikan nasihat terhadap perkara yang mengandungi kebaikan dan kemaslahatan walaupun perkara tersebut dikategorikan sebagai mandub (sunat) ataupun mubah (boleh/harus).

Untuk memudahkan pemahaman perbincangan di atas, di sini kami berikan analogi ringkas untuk menjelaskan dan menggambarkan tentang perbezaan antara amar makruf nahi mungkar dan nasihat:

Katakan ada seorang peniaga susu yang curang dalam perniagaannya di mana peniaga tersebut telah mencampurkan air dalam susunya sebelum dijual. Lalu anda berkata kepadanya, “Bertaqwalah engkau kepada Allah! Tinggalkanlah perbuatan curang dalam berniaga kerana perbuatan curang seperti ini diharamkan dalam Islam. Pelakunya akan diberikan hukuman oleh Allah SWT. Nabi SAW telah bersabda:

“Barangsiapa yang berlaku curang, maka ia bukanlah termasuk daripada golonganku (umat Islam).”


Ini adalah contoh amar makruf nahi mungkar sekaligus merupakan sebagai nasihat yang diberikan kepada si peniaga tersebut.

Tetapi sekiranya anda berkata kepadanya, “Engkau telah menetapkan harga yang terlalu tinggi terhadap susu yang dijual. Sekiranya engkau dapat turunkan sedikit harganya, pasti akan lebih ramai orang suka untuk membeli susu ini daripadamu.” Maka ucapan seperti ini adalah merupakan nasihat semata-mata dan tidak termasuk sebagai amar makruf nahi mungkar.


1. Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dari Tamim ad-Dari(111)
2. Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahih=nya (57), dan oleh Muslim dalam kitab Shahih-nya(112)
3. Al-Kulliyyat, hal. 908
4. Jami' al-Ulum wal Hikam, karya Ibnu Rajab al-Hanbali, hal. 68
5. Jami' al-Ulum wal Hikam, karya Ibnu Rajab al-Hanbali, hal. 70
6. Ditakhrij oleh Muslim dalam Shahih-nya(176) dari Abu Hurairah
 
Sumber:  http://www.mykhilafah.com

BAGAIMANA ISLAM MENGAGIHKAN KEKAYAAN DI TENGAH-TENGAH MANUSIA

Semua sedia maklum yang bajet 2014 telah pun dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, pada 25 Oktober lepas. Seperti biasa, pihak yang menyokong akan memuji melangit, seolah-olah bajet ini ‘maksum’ dari segala kesalahan dan kesilapan, manakala pihak yang menentang akan mencari ruang untuk mengkritik. Inilah tradisinya sejak zaman berzaman. Apa pun, yang pastinya pembentangan bajet tahun ini tidak ada bezanya dari tahun-tahun yang lalu di mana hakikat yang langsung tidak berubah adalah bahawa Malaysia masih merupakan pengamal tegar sistem ekonomi Kapitalis. Selain pertentangannya yang nyata dengan Islam, antara sifat sistem ekonomi Kapitalis adalah menindas yang lemah dan mengkayakan lagi yang kaya. Sistem Kapitalis juga amat terkenal dengan sifatnya yang merampas harta rakyat dan segala kekayaan milik umat yang kesemuanya akan dimasukkan ke dalam kantung kerajaan atau kantung kroni dari kalangan pemilik modal. Kerana itu kita menyaksikan fenomena biasa yang “hasil” yang paling banyak bagi sesebuah kerajaan Kapitalis adalah melalui cukai dan sumber kekayaan alam yang merupakan hak umat yang dimiliknegarakanatau dimilikperibadikanoleh mereka.
Sesungguhnya pembentangan bajet tidak ada dalam Islam. Walaupun dalam Islam ada sumber kemasukan dan sumber pengeluaran yang tersendiri yang kesemuanya dilakukan berdasarkan nas, namun Islam tidak mengenal pembentangan bajet sebagaimana sistem demokrasi Kapitalisme. Sistem Islam sama sekali berbeza dengan sistem Kapitalis mahupun Sosialis. Apa yang ‘bagus’nyamelalui pembentangan bajet ialah kita dapat melihat berapa banyak kerajaan Kapitalis merampas harta individu rakyat (melalui cukai pendapatan dan lain-lain) serta merampas hak milik umat (melalui keuntungan minyak, gas dan lain-lain) dan berapa banyak penyelewengan dan pembaziran dalam membelanja dan mengagihkan kekayaan yang telah mereka kaut. Sudah berapa lama sistem Kapitalis ini dilaksanakan dan sudah berapa banyak bajet yang dibentangkan setiap tahun, namun hakikatnya kehidupan rakyat tidak banyak berubah dengan segala rampasan kekayaan, pengenaan cukai dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dilakukan saban tahun oleh kerajaan.

Antara kebobrokan lain yang ketara dalam sistem kapitalis adalah wujudnya jurang perbezaan yang sangat besar dalam masyarakat hasil dari kekayaan negara yang dibolot oleh sebahagian kecil manusia (yang merupakan pemilik modal) manakala sebahagian besar manusia hidup sekadar cukup makan dan sebahagian lainnya berada dalam kemiskinan. Walaupun pemikir-pemikir kapitalis telah berusaha menyelesaikan isu jurang perbezaan tersebut, tetapi tidak pernah berhasil. Ini kerana, ketika membahas teori tentang pengagihanpendapatan, para ahli ekonomi kapitalis tidak pernah mengambil kirabetapa buruknya pengagihan pendapatan individu rakyat. Mereka sekadar memaparkan angka-angka tanpa memberikan penyelesaian, kerana dalam sistem kapitalis, seseorang individu boleh mengaut sebanyak mungkin keuntungan/pendapatan, tidak kira halal atau haram, selama mana dibenarkan oleh undang-undang negara. Begitu juga dengan orang-orang Sosialis, mereka tidak pernah menemui cara untuk menyelesaikan masalah buruknya pengagihan tersebut, selain hanya membatasi hak milik dengan cara menyekat hak milik tersebut. Akibatnya, orang-orang Sosialis memberikan penyelesaian dengan cara melarang hak milik tersebut.

Sebaliknya, Islam justeru telah menjamin pengagihan tersebut dengan baik, iaitu dengan menentukan tatacara pemilikan, tatacara mengelola kepemilikan serta pembahagian harta kepada orang yang tidak mampu memenuhi keperluan-keperluannya, dengan harta yang boleh menjamin hidupnya seperti mana orang lain dalam suatu masyarakat, dalam rangka mewujudkan keseimbangan ekonomi sesamanya. Dengan cara inilah Islam menyelesaikan masalah pengagihan harta di tengah-tengah manusia.Islam telah membolehkan al-milkiyyah al-fardhiyyah(kepemilikan peribadi / private ownership). Dalam masa yang sama Islam juga telah menentukan bagaimana cara memilikinya. Islam telah memberikan izin kepada individu untuk mengelola harta yang menjadi hak miliknya. Dalam masa yang sama Islam juga telah menentukan bagaimana cara mengelolanya. Islam juga memerhatikan perbezaan kuat-lemahnya akal dan fizikal manusia. Kerana perbezaan tersebut, Islam selalu membantu individu yang lemah dan mencukupkan keperluan orang yang memerlukan.

Islam telah mewajibkan kepada umatnya, bahawa di dalam harta orang-orang kaya terdapat hak bagi para fakir miskin (zakat). Islam telah menjadikan harta yang senantiasa diperlukan oleh jemaah/komuniti masyarakat sebagai al-milkiyyah al-ammah(hak milik umum / public ownership) bagi seluruh warganegara, yang tidak seorang pun boleh memilikinya atau menjaganya untuk kepentingan peribadinya ataupun untuk kepentingan orang lain. Islam juga telah menjadikan negara sebagai penanggung jawab atas pemenuhan kekayaan untuk rakyat, baik berupa harta mahupun jasa (perkhidmatan). Islam juga membolehkan negara untuk memiliki suatu kepemilikan khusus sebagai al-milkiyyah al-daulah (pemilikan negara / state ownership) terhadap harta/kekayaan tersebut.

Atas dasar ini, Islam telah menjamin kehidupan setiap individu rakyat dan menjamin jemaah/komuniti untuk tetap utuhsebagai sebuah komuniti yang saling berpegang pada ketentuan/hukum yang ada. Islam juga menjamin kemaslahatan individu dan melayani urusan jemaah serta menjaga eksistensi negara dengan kekuatan yang cukup sehingga mampu memikul tanggung jawab perekonomian negara. Semua ini terjadi apabila masyarakat tetap berada dalam suatu keadaan dimana kekayaan yang ada adalah mencukupi untuk keperluanmereka, baik secara individu mahupun secara keseluruhandan dengan penerapan hukum syariah dalam negara secara kaffah.

Tatkalawujud dalam sesebuah masyarakat jurangperbezaan yang besar antara individu dan individu yang lain dalam memenuhi keperluannya, sebagaimana keadaan yang terjadi di dunia Islam saat ini, maka Islam mengajar bahawa mestilah diwujudkan satu keseimbangan (equilibrium) di antara individu rakyat dalam melakukanpengagihan, yang bolehmengimbangi proses pemenuhankeperluan-keperluannya.Demikian juga jika terjadi penyimpangan pada diri manusia dalam menerapkan hukum-hukum syarak, kerana adanya pemahaman yang keliru atau kerana adanya penyelewenganatau kelalaian dari pihak negara dalam menerapkan sistem Islam sehingga masyarakat turut menyimpang dari jalan yang lurus, lalu mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi di antara individu-individu dalam masyarakat, maka,keseimbangan mestilah dikembalikan dengan cara yang telah digariskan oleh hukum syarak.

Mewujudkan Keseimbangan Ekonomi Dalam Masyarakat

Islam telah mewajibkan perputaran kekayaan terjadi pada semua anggota masyarakat dan mencegah terjadinya perputaran kekayaan hanya kepada segelintir orang sahaja. Allah SWT berfirman, “…supaya harta itu jangan hanya berlegar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kalian” [TMQ al-Hasyr (59):7].Di dalam Islam, sebagaimana yang telah dijelaskan, jika wujudjurangperbezaan yang lebar antara individu dalam masyarakat dalam memenuhi keperluan-keperluannya, maka negara wajib menyelesaikannya dengan cara mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat. Caranya adalah dengan negara memberikan harta milik negara kepada orang-orang yang memerlukan agar keperluannya dapat dipenuhi. Dengan terpenuhinya keperluan orang itu, maka akan terwujud kembali keseimbangan dalam masyarakat.Negara boleh memberikan harta kepada orang tersebut dan tujuan pemberian harta tersebut bukan sekadar memenuhi keperluanorang itu yang bersifat sementara, tetapi sebagai sarana kepadanya dalam usahanya memenuhi keperluan dirinya dalam jangka masa yang panjang. Dalam keadaan negara tidak mempunyai harta atau sekiranya harta milik negara tidak cukup untuk mewujudkan keseimbangan, negara tetap tidak boleh mengambil harta/cukai atau memungut dharibah(sejenis bayaran wajib yang dipungut di saat kecemasan) dari rakyat dalam rangka untuk mewujudkan keseimbangan tersebut keranamewujudkan keseimbangan ekonomi adalah kewajipan negara dan bukannya kewajipan atas individu Muslim.

Dalam keadaan wujud ketidakseimbangan ekonomi dalam masyarakat, maka negara hendaklah membekalkan kepadaindividu yang tidak mampu memenuhi keperluannya, dengan harta dari Baitul Mal. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAWketika melihat ada jurang dalam pemilikan harta antara kaum Muhajirin dan Ansar di mana baginda mengkhususkan harta fai’ yang diperolehidari Bani Nadhir untuk kaum Muhajirin, agar terjadinya keseimbangan ekonomi dalam masyarakat. Diriwayatkan, bahawa ketika Nabi SAW menakluki Bani Nadhir dengan cara damai dan orang-orang Yahudi diusir dari kawasan tersebut, lalu kaum Muslimin bertanya kepada Nabi SAW, apakah harta tersebut akan dibahagi untuk mereka, kemudian turunlah ayat, “Apa sahaja harta rampasan (fai’) yang diberikan oleh Allah kepada RasulNya (dari harta benda) mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun...” [TMQ al-Hasyr(59):6].

Ini bermakna, Allah telah mengkhususkan harta Bani Nadhir tersebut untuk Nabi SAW dan bagindabolehmemberi atau membahagikan harta tersebut semahu baginda. Lalu harta tersebut dibahagikan oleh Nabi SAW kepada orang-orang Muhajirin, sementara orang-orang Ansar tidak diberi oleh baginda kecuali kepada dua orang iaitu Abu Dujanah Samak bin Khurasyah dan Sahal bin Hunaif memandangkan keadaan mereka berdua sama seperti keadaan orang-orang Muhajirin, yakni sama-sama fakir.

Ibnu Abbas juga menuturkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada orang-orang Ansar, “Jika kalian mahu, kalian bahagikan sahaja rumah-rumah dan harta-harta kalian kepada orang-orang Muhajirin, lalu kalian bolehturut mendapatkan bahagian dalam ghanimah ini bersama mereka. Jika kalian mahu, rumah-rumah dan harta-harta kalian untuk kalian sahaja dan kami tidak akan membahagi sedikit pun ghanimah tersebut untuk kalian.” Lalu orang-orang Ansar berkata, “Bahkan kami (ingin) membahagi rumah-rumah dan harta-harta kami untuk saudara-saudara kami dan kami lebih mengutamakan mereka (Muhajirin) untuk mendapatkan ghanimah tersebut.”Lalu Allah SWT menurunkan firmanNya, “Mereka mengutamakan orang-orang Muhajirin atas diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu)” [TMQ al-Hasyr (59):9].

Harta Bani Nadhir yang merupakan sebahagian dari harta negara, dibahagi dan dikongsi secara khusus di antara orang-orang miskin sahaja manakala orang-orang kaya dikecualikan (dari pembahagian) dalam rangka menyeimbangkan keperluan asas dalam masyarakat. Mengeluar dan membahagikan bantuan kewangan dari Baitul Mal adalah dilakukan oleh negara, dengan syarat harta yang dikeluarkan itu bukan berasal dari harta yang dipungut dari kaum Muslimin (seperti dharibah) tetapi merupakan harta ghanimah. Ini kerana harta yang dipungut dari kaum Muslimin tidak boleh digunakan untuk tujuan keseimbangan ekonomi. Pendekatan ini hendaklah dipatuhi pada setiap masa, kerana kaedah syarak dalam hal ini menyebut “al-ibrah bi umum al-lafdzi la bi khusus as-sabab” (pengajaran dari sesuatu ayat diambil dari keumuman lafaz dan bukannya dari pengkhususan sebab-sebab penurunannya). Oleh itu, dalam sesebuah Negara Islam, Khalifah mesti memastikan keseimbangan ekonomi terwujud dengan cara mengeluarkan bantuan kewangan secara eksklusif untuk golongan miskin dari harta negara dalam Baitul Mal. Dengan cara inilah, keseimbangan ekonomi dapat dijaga. Bagaimanapun, perlu difahami bahawa pengeluaran ini bukanlah sebahagian dari perbelanjaan tetap Baitul Mal, tetapi merupakan penyelesaian yang perlu dilakukan pada masa-masa tertentu daripada harta-harta tertentu.

Larangan Menimbun Emas Dan Perak

Seperkara lagi yang dapat memastikan berlakunya keseimbangan ekonomi dalam masyarakat adalah adanya larangan menimbun (kanz) emas dan perak. Menimbun emas dan perak telah diharamkan oleh Islam dengan nas yang tegas. Allah SWT berfirman, “Orang-orang yang menimbun emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, beritahulah mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas dan perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi, lambung dan belakang-belakang mereka” [TMQ at-Taubah (9):35]. Pada saat ayat ini turun, emas dan perak ketika itu menjadi alat tukar (medium of exchange), unit pengiraan (unit of account) tenaga yang terdapat dalam suatu pekerjaan dan standard manfaat yang terdapat pada harta; baik dalam bentuk cetakan, seperti dinar dan dirham ataupun tidak dalam bentuk cetakan, seperti jongkong dan sebagainya. Atas dasar ini, larangan tersebut ditujukan pada emas dan perak dalam kedudukannya sebagai alat tukar (wang).

Secara asasnya, semakin banyak beredarnya wang di pasaran, maka semakin rancaklah aktiviti perekonomian. Apabila seseorang telah melakukan penimbunan wang, maka dia hakikatnya telah menarik wang dari pasaran. Hal ini secara automatik akan mengurangkan jumlah perbelanjaan (spending) dan berkurangnya jumlah pendapatan orang yang sepatutnya mendapat wang tersebut sekiranya tidak ditimbun oleh orang yang berurusan dengannya. Hal ini kemudian akan mengakibatkan berkurangnya jumlah pengeluaran orang tersebut kerana telah berlaku pengurangan permintaan terhadapnya dan seterusnya boleh mengakibatkan pengangguran serta menurunnya tingkat perekonomian secara makro. Ringkasnya, kesan dari penimbunan wang secara pasti akan membawa kepada pengangguran serta menurunkan tingkat perekonomian kerana pendapatan masyarakat telah berkurang.

Cuma, perlu difahamidi sini bahawakemudaratan ekonomi ini sesungguhnya hanya muncul akibat adanya penimbunan (kanz / hoarding) wang, bukan akibat adanya simpanan (idkhar / saving). Ini kerana, saving (menabung) tidak akan menghentikan roda perekonomian. Penimbunanlah yang justeru menghentikannya.Perbezaan antara menimbun dan menabung adalah, penimbunan bererti mengumpulkan wang tanpa ada keperluan dan ia akan menarik wang dari pasaran. Adapun menabung adalah mengumpulkan wang kerana adanya keperluan, seperti mengumpulkan wang untuk membina rumah, untuk berkahwin, membeli kenderaan, membuka perniagaan, pergi haji atau sebarang keperluan lain. Bentuk simpanan wang semacam ini tidak akan mempengaruhi pasaran dan tidak akan mempengaruhi aktiviti perekonomian, sebab tindakan tersebut bukan merupakan tindakan menarik wang, namun hanya mengumpulkan wang untuk dibelanjakan di kemudian hari. Wang yang dikumpulkan tersebut akan beredar kembali ketika dibelanjakan pada objeknya. Kerana itu, tidak ada kemudaratan dalam aktiviti menabung, akan tetapi kemudaratan akan terjadi pada aktiviti menimbun, iaitu mengumpulkan wang tanpa ada maksud apa pun. Islam mengharamkan penimbunan tetapi membolehkan menabung.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Lihatlah bagaimana Islam menyelesaikan masalah ekonomi manusia. Lihatlah bagaimana penderitaan menimpa sebahagian besar manusia tatkala sistem Kapitalis dilaksanakan. Lihatlah bagaimana para Kapitalis (pemilik modal) menindas manusia dan mengumpulkan kekayaan yang tak terhingga untuk diri mereka. Lihatlah bagaimana mereka melakukan penyelewengan dan pembaziran terhadap kekayaan negara yang mereka rampas dari rakyat sehingga mereka hidup senang lenang dengan wang dan harta benda yang melimpah ruah, atas penderitaan orang lain. Sesungguhnya sistem Kapitalis yang korup ini tidak akan berakhir selagi kita tidak meninggalkannya dan sistem Islam yang indah tidak akan dapat dirasai selagi kita tidak berusaha melaksanakannya. Justeru, apakah yang kalian tunggu lagi wahai umat Muhammad? Bukankah sistem Islam yang selayaknya bagi kalian dan sewajibnya untuk kalian perjuangkan?

Sumber:  http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/4421-sn367-bagaimana-islam-mengagihkan-kekayaan-di-tengah-tengah-manusia

Jumaat, 1 November 2013

Dzikir Selepas Solat Fardhu Yang Thabit Dari Nabi SAW

 " Berikut adalah dzikir selepas solat fardhu yang thabit dari hadith-hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Silalh COPY/DOWNLOAD.  Semoga kita semua dapat mengamalkannya dan menyebarkannya kepada semua, in shaa' ALLAH, amin...




* Untuk versi PDF dengan kualiti yang lebih baik, boleh KLIK SINI! 
 *Untuk dzikir di atas yang disertakan dengan makna bacaan,
 boleh KLIK SINI!

Semoga ALLAH Ta`ala memberkati kita semua, amin... 

 Sumber : http://tranungkite.net/v12/

Sabtu, 19 Oktober 2013

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita


1. Menghilangkan hijab (penutup) Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.



Sumber: http://www.informasi.my/10-strategi-syaitan-membuka-aurat-wanita/

Khamis, 10 Oktober 2013

Catatan 022: Allah S.W.T. Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah S.A.W


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :


Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.


1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?


Sumber: http://tranungkite.net/teladan/teladan22.htm

Selasa, 24 September 2013

KISAH WALI-WALI ALLAH

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya adalah Awais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

http://halaqah.net/v10

Pedihnya siksa meninggalkan solat

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam
masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu
menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu
menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.
Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi
babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu
hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya".



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta."

Sumber: http://cerekaduniaakhirat.blogspot.com/2008/06/kesederhanaan-ibu-segala-kelebihan.html

Catatan 017: Ayat Kursi Menjelang Tidur




Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Catatan 013: Batu-Batu Yang Aneh




Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting.

Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)


Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu.

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

10 Pesanan Allah S.W.T Kepada Nabi Musa A.S.


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.


· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Sumber: http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=8530

Jumaat, 30 Ogos 2013

Catatan 009:Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Hari Yang Sangat Istimewa


HARI Jumaat, merupakan hari yang sangat istimewa dalam Islam. Sebagaimana yang sudah sedia kita ketahui. Ada banyak hal yang disebutkan hadith berkaitan hari Jumaat ini.


Apakah ia? Berikut hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan hari Jumaat. Ayuhlah bersama kita hayati dan mengertikannya, insya’Allah.

(1)
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda , maksudnya; “Sebaik -baik hari yang terbit matahari ialah pada hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga  baginda dikeluarkan dari Syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(HR Muslim)
(2)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu Wa Taala iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Idul Adha dan Hari Raya Fitrah yang mana pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian. Pertamanya hari yang dijadikan Adam Alaihissalam dan baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam Alaihissalam dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa orang berbuat maksiat, dan hari Jumaat itu juga akan terjadinya Kiamat.
(HR Ibnu Majah)
(3)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana Salawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana Salawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur).”
(HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah)
(4)
Rasulullah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang berwudhu dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya.”
(HR Muslim)
(5)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas Asar.”
(HR Abu Daud)
(6)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya daripada fitnah kubur (soalan di dalam kubur).
(HR At-Tirmizi)
(7)
Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua- duanya selagi mana dijauhi dosa- dosa besar.”
(HR Muslim)
______________________________________
Pada hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita meningkatkan amalan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat.
Ayuhlah kita perbanyakkan doa dan selawat di hari yang penuh barakah ini. Moga kita mengisi hari Jumaat dengan sebaik-baiknya serta semoga kita diberikan keberkahan dan keampunan daripadaNya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Salam Jumaat.

Rujuk- http://malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/atriza-umar/2564-hari-yang-sangat-istimewa

Khamis, 29 Ogos 2013

Catatan 008: Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Matinya



 


















Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.


3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


Sumber:  http://tranungkite.net/v12

Catatan 007: Kisah Neraka Jahanam




Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Catatan 006: Kisah Bumi Dan Langit


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."


Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Catatan 005: Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.


Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


Sumber: tranungkite.net

Catatan 004: Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."


Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."




Sumber: tranungkite.net