Aspirin biasanya digunakan sebagai analgesik iaitu anti-piretik dan anti
keradangan. Namun tahukah anda bahawa aspirin boleh mengurangkan
kemerahan dan bengkak jerawat? Malah asid salisilik yang terdapat dalam
aspirin juga membantu mengeringkan jerawat keluar dan menganjalkan kulit
anda.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda langka-langkah bagaimana merawat masalah jerawat dengan aspirin.
Pertama, letakkan tablet aspirin dalam air dan kacau atau goncang. Tidak
perlu untuk hancurkan aspirin, secara semula jadi hancur apabila
direndam di dalam air. Anda boleh menggunakan aspirin bersalut atau
tidak bersalut tanpa kesan buruk. Pastikan aspirin tersebut pekat
selepas direndam dalam air.
Kemudian, ambil 'cotton bath', celuk dalam aspirin. Jika anda ingin
gunakan jari, pastikan basuh dahulu dengan bersih, Tepekkan di kawasan
muka yang ada jerawat.
Biasanya, pes akan kering dalam masa kurang daripada setengah jam dan
mula mengelupas. Gunakan, tisu basah yang bersih untuk membuang aspirin
secepat mungkin. Jika dibiarkan lama akan berlaku pengelupasan ringan.
Selamat mencuba!
Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/aspirin-mampu-atasi-jerawat-032928945.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan