Sabtu, 12 Februari 2011

POLIGAMI ITU MENYUSAHKAN!!??

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca..

Agak lama saya tidak menulis..pembaca setia blog ini dah mula merungut. Ada yg berjumpa terus dgn saya. "apa ni bro..dah pencen ko?" dan macam macam lagi yang sy dengar dari sahabat semua.
Maafkan saya..itu saja yg dapat saya katakan. Bukannya apa..saya seorang yang sibuk. Harap para pembaca boleh memahami diri saya.

Apa nak cerita malam ni?..Saya bukan nak bercerita macam pertandingan cerita tu. Tapi malam ni saya nak kongsi dengan pembaca semua. Berkongsi pendapat jika ada. Dan juga berhujjah secara komen mengomen di bawah artikel ini nanti.
Perkara yang saya nak bawa malam ini mungkin akan mengguris perasaan..lebib lebih lagi kaum hawa @ perempuan. Anda tahu bukan maksud saya dan apakah corak perbincangan dan benda yang saya akan bawa malam ni?

POLIGAMI!!

"Jangan sekali-kali abg bercerita hal bermadu".. "Ceraikan saya bang!!"... "Awak rampas kebahagian rumahtangga orang lain"
"Carilah teruna atau duda,jangan cari laki orang!!".. ataupun @#@#$^^^%$##@...(yang ni kena banned,tak lepas tapisan saya). Inilah perkataan yg sering kita dengar,lebih-lebih lagi dari mulut seorang wanita hatta bertudung labuh sekalipun!!

Bercerita bab poligami..kaum lelaki akan pro..kurang yang kontra. Yang pro akan kata.."inilah sunnah yang harus di ikuti".Yang kontra akan berkata,saya sayang bini saya yang satu tu..tak sampai hati rasanya"..dan bermacam lagi.
Tak sanggup rasanya nak saya katakan dalam blog ni. Tapi itu dari kacamata lelaki..


Yang perempuan,anda sendiri lebih faham. Bayangkan sendiri apakah kata-kata mereka bab poligami ni. Poligami dari kacamata politik pula,huh..lagi tak boleh harap.Lebih lebih lagi dari sebelah pihak sana nun!! Siap sokong monogami lagi..haha..nasib kau la..


Siapa yang tak nak berpoligami? Lebih lebih lagi bagi mereka yang memandang poligami ini dari sudut agama,sesuatu yang di haruskan untuk menutup ruang fitnah. Membela andartu,tapi tidak menidakkan anak dara. Prinsip poligami sendiri dalam islam adalah menuntut agar pengamal poligami dapat melahirkan umat Muhammad s.a.w kerana baginda berbangga di kemudian hari
akan umatnya yang ramai. Tanya diri saya sendiri,tak mahukah saya berpoligami,jawapan saya..setiap benda yang baik dan beroleh pahala,mestilah saya nak!!

Tolonglah!! Jangan di hina lagi sunnah nabi ini. Kalau anda kaum wanita tidak mahu bermadu,tidak payah berkata itu dan ini sehingga merendah-rendahkan sunnah suci ini. Ini bukan panggilan untuk berzina,tapi seruan kebaikan dari Allah swt dan Baginda Rosul. Hormatilah ia kerana jika anda terang-terang mengatakan bahawa poligami ini songsang
tidak bertamadun,merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain...ingatlah bahawa:

1. Anda telah memfitnah Allah swt.
2. Memfitnah Rosul saw seolah olah poligami ini hanya untuk rosul dan para sahabat,tidak pada umatnya.
3. Memfitnah isteri-isteri Nabi saw seolah-olah para isteri Nabi telah merampas kebahagiaan isteri nabi yang sebelumnya.
4. Boleh mendatangkan syirik (na'uzubillah)


Ingatlah wahai-wahai isteri yang beriman..suami anda boleh dikategorikan sebagai lemah tenaga batin kerana hanya mampu memperisterikan seorang @ one @ wunnek isteri sahaja..hanya ALLAH SWT YANG MAMPU MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA KITA..wallahu a'lam.


ADAKAH ANDA BERANI BERPOLIGAMI??


Sumber :http://dzulhaqq.blogspot.com

Isnin, 17 Januari 2011

Tuntutan Berdakwah


TUGAS Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama sekali gus mengiktiraf Baginda sebagai rasul utusan Allah SWT adalah menyampaikan dan mengajak manusia kepada jalan kebenaran iaitu jalan Allah SWT, pada masa sama mencegah daripada terjebak dengan kemungkaran.


Berdakwah menjadi tugas warisan daripada Rasulullah SAW kepada setiap umatnya tetapi hanya segelintir yang memandang dakwah sebagai perkara besar dan keutamaan dalam kehidupan.


Mungkin ramai orang Islam hari ini berpandangan tugas dakwah boleh dilucutkan daripada pertanggungjawaban mereka kerana sudah wujud agensi kerajaan khususnya di bawah Jabatan Agama Islam Negeri yang mempunyai Unit Dakwah.


Ditambah pula adanya organisasi dakwah sukarela seperti Angkatan Belia Islam (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan yang berkaitan kerajaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang aktif menjalankan aktiviti dakwah dalam konteks serta kemampuan tersendiri.


Ini menambahkan lagi tanggapan bahawa tugas dakwah boleh diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab atau dalam erti kata lain mereka yang bekerja makan gaji dengan organisasi berkenaan.


Umat Islam seharusnya menyedari tanggungjawab dakwah adalah kewajipan semua. Firman Allah SWT:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya:
“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.”

(Surah Ali-Imran, ayat 104)



Firman Allah SWT lagi:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksud:
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.”
(Surah Ali-Imran, ayat 110)



Daripada kebanyakan lapangan dakwah yang pelbagai itu, ada satu cabang dakwah sangat penting dan utama bagi seseorang Muslim khususnya lelaki iaitu menganjurkan kebaikan serta mencegah kemungkaran kepada keluarga.

Allah SWT memberi amaran keras dalam FirmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ


Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Surah At-Tahrim, ayat 6)



Berdasarkan ayat itu jelas bahawa dakwah untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran harus bermula terlebih dulu dari dalam diri, ahli keluarga seterusnya kepada masyarakat.