Isnin, 30 Mei 2011

Bagaimana Orang Islam Boleh Termakan Babi.



Untuk makluman semua.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. 

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia .Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda. 

Sumber: http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/

Jumaat, 20 Mei 2011

Mengapa Jemaah Islamiah Memilih Gerakan Orang kafir Sebagai Rakan Seperjuangan?

Umat Islam terpinga pinga apabila ada jemaah perjuangan Islam bergabung dengan jemaah perjuangan orang kafir.Apakah matlamat dan tujuan jemaah Islamiah itu? Sedangkan orang kafir mempunyai perjuangan dan idelogi yang amat berbeza dengan mana mana jemaah Islamiah.Apatah lagi jika jemaah kafir itu jelas menunjukkan anti atau tentangan nya terhadap perkembangan Islam. Adakah  jemaah Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dan bergantung dengan orang kafir yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi jemaah Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan (dari bantuan kawan dan inspirasi ideologi kuffar agaknya) siapakah yang hendak dia tentang? Jemaah orang kafir atau jemaah Islam yang lain.?


Mengapa jemaah yang rasa lemah tidak bergabung dengan jemaah Islamiah yang lain yang lebih kuat? Bukan kah ini akan menambah kuat dan kukuh nya jemaah jemaah  Islam? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.Mengapa tidak jadikan ikatan jemaah Islamiah itu kukuh saperti batang batang  lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh menjadi sebatang penyapu? Penyapu yang boleh menyapu bersih segala kemungkaran ?
Alasan yang biasa di beri oleh pemimpin pemimpin jemaah Islam yang bergabung dengan jemaah orang kafir sangat lah lemah.Ada memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli jemaah orang kafir tersebut.Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa  tidak bergabung aje dengan badan badan agama kristian, buddha atau hindu  untuk berdakwah?
Ada juga jemaah dan negara umat Islam bergabung atau jadi “ally” dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan “protection” saperti negara Arab Saudi dan Kuwait.
Namun dalam hal ini Allah telah memberi amaran kepada umat Islam yang maksudnya:-


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).


“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,”Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.
[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]


Wallahu’alam
Sumber: http://fitrahislami.wordpress.com/2011/04/06/mengapa-jemaah-islamiah-memilih-kaum-kafir-sebagai-rakan-seperjuangan/

Teknologi Yang Merugikan Umat Islam

Teknologi moden dan canggih dikatakan banyak membantu umat Islam dalam kehidupan harian dan dalam penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat.
Sebaliknya ramai yang tidak menyedari, teknologi yang dikatakan banyak membantu itu sebenarnya banyak juga yang merugikan umat Islam.

Contoh : Sistem Pembesar Suara.

Banyak digunakan di masjid² atau surau² bagi tujuan azan, kuliah atau khutbah. Alat pembesar suara dikatakan bermanafaat bila azan dapat didengari dari jarak yang lebih jauh dan lebih kuat .

Apa yang rugi?

Rasulullah mengajar, apabila hendak melaungkan azan, muazzin disunatkan naiklah ke tempat yang tinggi dan disunatkan pula bila azan, memalingkan ke kanan dan ke kiri supaya azan dapat didengari  dari semua arah.
Bila alat pembesar suara digunakan, muazzin hanya melaungkan azan di  sebuah bilik kecil dalam masjid atau surau tanpa perlu ke tempat tinggi. Muazzin telah terlepas pahala sunat dalam perkara melaungkan azan tadi.

Kemudian, Imam memimpin solat jemaah dengan memakai alat mikrofon dan setiap bacaan  Imam dapat didengari dengan lantang di setiap penjuru masjid, malah hingga ke luar masjid pun dapat didengari .

Selepas itu, giliran ustaz pula untuk menyampaikan kuliah. Ustaz pun menggunakan alat mikrofon juga semasa menyampaikan kuliah dan kuliah ustaz dapat didengari di seluruh ruang masjid hinggalah ke luar masjid pun dapat didengari kuliah ustaz. Bila kuliah dapat didengari dimana saja, ahli jemaah boleh mengikuti kuliah ustaz di mana saja, di sudut belakang masjid, di tangga masjid, hatta di tempat meletak kereta sekali pun masih dapat ikuti kuliah ustaz.

Apa yang rugi?

Dalam menuntut Ilmu, antara adab² menuntut ilmu malah sunat dilakukan adalah murid² duduk hampir dengan guru atau ustaz. Bila pembesar suara digunakan, adab² tersebut tidak lagi dipraktikkan, maka tiadalah pahala sunat yang diperoleh kerana meninggalkan sunat² ketika menuntut ilmu.
Kemudian, jika ketika kuliah sedang berlangsung, datang para² musafir singgah untuk menunaikan solat, maka akan terganggulah solat si musafir dengan suara kuat dari kuliah ustaz tersebut.
Seandainya pembesar suara tidak digunakan, ahli jemaah akan mendekati ustaz untuk mendengar kuliah dan terjagalah adab² menuntut ilmu dengan sendirinya serta berkatlah majlis ilmu tersebut bila adab² menuntut ilmu dipatuhi. Manakala si musafir pula dapat solat di sudut belakang masjid dengan aman tanpa gangguan kuliah ustaz.

Wallahua'lam

Khamis, 19 Mei 2011

Maksiat yang dibanggakan

Jika wanita² Islam berpakaian agak menjolok mata dan beraksi dengan gaya yang agak lucah di khalayak ramai, biasanya mereka akan dikecam oleh masyarakat terutama golongan cerdik pandai ugama.
Berlainan pula jika perkara demikian dilakukan atas nama SUKAN, tiada kecaman didengar malah dibanggakan pula terutama oleh ibubapa mereka dan juga masyarakat.
 
 

 Tentu sekali bapa² kepada atlit² di atas berbangga dengan pencapaian anak gadis mereka mewakili negara mempamerkan "aksi² menarik" dengan berpakaian sedemikian rupa.

Lagi "aksi² menarik" oleh para gymnast ....
 
  

Hairan jugak, tak malu pulak mereka beraksi begitu !!!!! ....

Banggakah kita jika anak gadis kita begitu? 

 


Selasa, 17 Mei 2011

JAKIM ~ Menjaga Kepentingan Umat Islam atau Menjaga Kepentingan Pengilang / Pengeluar Produk?

PASTIKAN PRODUK GELATIN ADA HALAL

Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ianya memperolehi sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom berkata, JAKIM hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang seratus peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan DNA babi.
Antara kategori pensijilan halal yang dikeluarkan JAKIM  ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan, ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain. Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil itu.Di samping itu, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau jualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperolehi sijil Halal.
Untuk pengetahuan semua, JAKIM hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk tidak halal. Sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada JAKIM atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my       
 http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110314095318&type=NEW
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bila JAKIM berpendirian  " tidak akan mendedahkan produk tidak halal ", maka JAKIM telah mengabaikan kepentingan Umat Islam dan membiarkan umat Islam terus memakan atau meminum dan menggunakan produk² yang tidak halal (HARAM) . Umat Islam atau pengguna tiada kuasa untuk menyiasat dan menganalisis sesuatu produk samada ia halal atau haram.
Yang mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menganalisis hanyalah JAKIM, Jabatan Kesihatan atau Jabatan Kimia.
Jika JAKIM mengetahui sesuatu produk itu haram, seharusnya pihak JAKIM menghebahkan kepada seluruh umat Islam supaya umat Islam terpelihara dari memakan atau meminum atau menggunakan produk yang HARAM.

Sekarang, bila JAKIM tidak mendedahkan produk tidak halal kepada masyarakat Islam khasnya, kepentingan siapa yang dijaga oleh JAKIM????

Isnin, 16 Mei 2011

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

http://puratos.com.my/

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

  1. melakukan proses samak; dan

      4.    mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Sumber:  http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW

Perhatian ~ Apa Yang Kita Makan ......

http://www.puratos.com/

Wajib Baca!. Dua Bahan Buat Kek, Roti SYARIKAT PURATOS Ada DNA Babi...

PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini.

Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.

Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri....

P/s: Seperti biasa, akhbar tidak menyiarkan nama syarikat yang terbabit. Hati-hati!


Sumber :   http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202357539805444&set=a.143383099036222.22027.143371642370701&type=1&theater

Ahad, 15 Mei 2011

Fitnah Memfitnah ~ Budaya Politik Jijik

Di antara fitnah besar pada zaman ini ialah budaya fitnah memfitnah dalam berpolitik. Ia adalah mainan kotor orang politik  yang di warisi dari idelogi barat.Ianya adalah “political game” yang termaktub  dalam rukun politik  ideologi barat (walaupun tak tersurat).Malangnya orang orang politik beragama Islam pun turut serta dalam ‘political games” ini kerana tidak mahu tersingkir dari arena atau gelanggang politik.Mereka menghalalkan permainan kotor ini atas alasan terpaksa (dharurat).Sebab itu kita sering berhadapan dengan tentangan dari golongan ini apabila kita kata fitnah, mengumpat,mengata, memaki hamun,mengaibkan orang walaupun dalam berpolitik , adalah haram, iaitu berdosa besar.Mereka kata dalam berpolitik perbuatan ini di benarkan dalam Islam berdasarkan hukum fiqh (maslahat politik). Tapi itulah, akibatnya, kata Imam Ghazali, apabila seseorang hanya mengambil fiqh dalam membuat keputusan keatas sesuatu masaalah (tanpa pertimbangan ilmu tasauf) maka dia akan jadi sombong dan akan merasa diri dia sentiasa betul dan benar dan tidak akan mahu menerima pendapat orang lain.

Golongan ini pada zahirnya berpegang kuat pada  agama , tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri . Mereka membuat keputusan  mengikut kehendak hawa nafsu atas kecenderungan dan keperluan politik mereka. Mereka  kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut selera politik mereka.Maka mereka pada hakikatnya adalah golongan yang memperalatkan agama untuk kepentingan dan “survival”  politik.

Umat Islam kini sudah tidak dapat berpolitik secara bersih saperti yang di kehendaki oleh Islam kerana terlalu terbawa bawa oleh ideologi politik barat yang kotor. Sebab itu lah sampai bila pun orang Islam tidak akan dapat mempunyai pemimpin yang bersih dan baik kerana proses berpolitik yang di lalui adalah kotor dan jijik.


Apa yang Rasulullah pernah sebut dahulu tentang akan datangnya zaman fitnah benar benar sudah berlaku sekarang, dan pada masa itu baginda telah menyeru kepada generasi umat Islam yang menghadapinya supaya menyelamatkan diri dengan menjauhinya saperti di sebut di dalam beberapa Hadis.Di antaranya saperti berikut:

Dari Abu Said Al-Khudri r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:.
“Akan datang kepada manusia di satu zaman dimana harta terbaik yang dimiliki oleh seorang muslim adalah kambing. Dia membawa kambingnya menyusur puncak-puncak bukit dan tempat-tempat turunnya hujan, untuk menjauhkan agamanya dari fitnah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari )



Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Kelak akan ada banyak kekacauan dimana di dalamnya orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada yang mengerjakan (dalam fitnah). Siapa yang menghadapi kekacauan tersebut maka hendaknya dia menghindarinya dan siapa yang dapat tempat kembali atau tempat berlindung darinya maka hendaknya dia berlindung.” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari  dan Muslim )


Dari maksud Hadis Hadis tersebut kita boleh ambil tamsilan iaitu agar kita  tidak terlibat dalam arena politik fitnah memfitnah .Bahkan Rasulullah SAW berpesan agar kita menyelamatkan diri, jangan terikut ikut dan menjauhinya. Bagi orang awam macam kita diantara langkah yang terbaik yang boleh di ambil ialah dengan banyak berdamping dengan alim alim ulama, dan ustaz ustazah yang bebas dan tidak terlibat dalam mana mana fahaman parti politik sambil menuntut ilmu dari mereka. Sedapat mungkin jauhkan diri dari berhubung atau berinteraksi dengan pemimpin atau penyokong penyokong parti politik  yang gemar buat fitnah,mengata,mengumpat,dan mengaibkan orang  jika tidak perlu.

Bila berhadapan dengan isu isu yang merupakan fitnah yang di bawa oleh orang orang politik,  jangan libatkan diri, sebaliknya minta nasihat dan pandangan alim ulama yang bebas (yang tidak berpihak).Karena para ulama ini adalah sebagaimana apa yang dikatakan  Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Sesungguhnya fitnah ini, jika dia datang maka sudah diketahui oleh setiap alim dan jika dia sudah pergi maka baru diketahui oleh setiap yang jahil.” Maksudnya: Kita orang awam ini kadang kadang tidak tahu sesuatu isu itu adalah isu fitnah dan terikut ikut dalam menyebarkan nya.Adalah lebih baik bertanya kepada alim ulama untuk mendapat nasihat sebelum bertindak.
Apabila kita berhadapan dengan sesebuah harakah,jemaah atau parti yang pemimpin dan pengikutnya suka mengaibkan lawannya (fitnah) maka kita di nasihatkan supaya menjauhi parti atau jemaah itu untuk menyelamatkan diri dari murka Allah.

Hudzaifah bin Al-Yaman r.a berkata
“Orang-orang biasa bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan sementara aku biasa bertanya kepada beliau tentang keburukan karena bimbang jangan-jangan aku terkena keburukan itu. Maka aku bertanya, “Wahai Rasulullah, dahulu kami dalam masa jahiliah dan keburukan, lantas Allah datang dengan membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya.” Saya bertanya, “Apakah sesudah keburukan itu akan ada kebaikan lagi?” Beliau menjawab, “Ya, tapi ketika itu sudah ada kabut.” Saya bertanya, “Apa yang anda maksud dengan kabut itu?” Beliau menjawab, “Adanya sebuah kaum yang memberikan petunjuk dengan selain petunjuk yang aku bawa. Engkau kenal mereka namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya.” Saya bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya, yaitu adanya dai dai yang menyeru menuju pintu jahannam. Siapa yang memenuhi seruan mereka, niscaya mereka akan menghempaskan orang itu ke dalam jahannam.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, tolong beritahukanlah kami tentang ciri-ciri mereka!” Nabi menjawab, “Mereka memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita.” Saya bertanya, “Lantas apa yang anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?” Nabi menjawab, “Hendaklah kamu selalu bersama jamaah kaum muslimin dan imam (pemimpin) mereka!” Aku bertanya, “Kalau pada waktu itu tidak ada jamaah kaum muslimin dan imam bagaimana?” Nabi menjawab, “Hendaklah kamu jauhi seluruh firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kamu menggigit akar-akar pohon hingga kematian merenggutmu dalam keadaan kamu tetap seperti itu.” 
 (Hadis Riwayat  Al-Bukhari  dan Muslim )

Beberapa Hadis lagi tentang bahaya fitnah.

1. Umatku ini dirahmati Allah dan tidak akan disiksa di akhirat, tetapi siksaan terhadap mereka di dunia berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, peperangan dan musibah-musibah. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

2. Fitnah itu sedang tidur (reda) dan laknat Allah terhadap orang yang membangkitkannya. (Hadis Riwayat Ar-Rafii).

3. Rasulullah Saw melarang penjualan senjata di kala berjangkitnya fitnah. (Hadis Riwayat  Ath-Thabrani)

4. Jangan mendekati fitnah jika sedang membara dan jangan menghadapinya bila sedang timbul, bersabarlah bila fitnah datang menimpa. (Hadis Riwayat  Ath-Thabrani)

5. Jika kamu berbicara (menyampaikan ucapan) tentang sesuatu perkara kepada suatu kaum padahal perkara itu tidak terjangkau (tidak dipahami) oleh akal pikiran mereka, niscaya akan membawa fitnah di kalangan mereka. (Hadis Riwayat Muslim)


Wallahu’alam

Sumber : http://fitrahislami.wordpress.com/2011/05/13/politik-fitnah-memfitnah/

INSYAALLAH .... ADALAH REZEKI ...

Di awal tahun 90an dulu, aku hanya bekerja sebagai boroh kontrak. Pendapatan sebagai boroh kontrak amatlah rendah, sekitar RM350 sahaja. Aku berulang alik ke tempat kerja setiap hari  hanya dengan menunggang basikal. Nak beli motosikal memang adalah angan² tu, tapi apakan daya memang tak cukup duit lagi ..
Pendek kata, aku masa tu memang tak ada apa², motor tak ada, kereta jauh sekali ....

Masa tu aku masih bujang, dan berusia lebih 25 tahun.
Pernah  orang tua² di kampung mengusik aku, " Umur dah makin tua, bila lagi kau nak kahwin, Salleh ? "
Maka  aku jawab, " Orang macam saya ni, yang tak ada apa² , perempuan mana yang hendak ? Kalau ada yang hendak pun, dengan gaji yang kecik, macam mana saya nak tanggung anak dara orang? "
Biasa pulak orang tua² jawab balik, " Kalau dah kahwin tu, Insyaallah adalah rezeki anak bini .... "

Walau pun aku bukan orang  berada dan tak punya apa², ramai jugak  yang menyokong aku kawin, sokong nak bina masjid kata mereka..
 ( Gambar hiasan )

Begitu juga dengan cerita kawan sekerja aku, setahun lebih tua dari aku umurnya...
Pernah juga orang tua² di kampungnya bertanya soalan serupa pasal kawin, kawan aku tu pun jawab lebih kurang jawapan aku jugak, orang tua² jawab balik, " Ulat dalam batu pun boleh hidup "
Sama ke manusia dengan ulat ? Hmmmm.....ntahlah....


Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah, bila seorang teruna @ bujang nak disuruh kahwin, walau pun teruna tiada pekerjaan atau berpendapatan rendah, tidak pernah dipertikaikan kemampuan teruna untuk berkahwin. Bagaimana teruna nak menyara bakal isteri dan bakal anak² yang akan lahir nanti  dengan pendapatan yang sedikit sebaliknya memberikan  alasan " Insyaallah adalah rezeki anak bini .... " dan  .......   " Ulat dalam batu pun boleh hidup " untuk menyokong teruna membina masjid.
Tiada pula disyaratkan pendapatan minima berapa² untuk melayakkan teruna berkahwin.

Tetapi, bila saja seorang lelaki ingin beristeri lagi ( ke 2 @  ke 3 @ ke 4 ), maka akan kedengaranlah suara² yang mempertikaikan kemampuan lelaki untuk beristeri lebih dari satu.
Dan tiada lagi sokongan masyarakat  untuk bina masjid ke-2 @ ke-3 @ ke-4.
 
Adakah kahwin 2 @ 3 @ 4 itu tak menjamin adanya rezeki untuk anak isteri ?

Adakah kawin 2 @ kawin 3 @ kawin 4 itu bukan membina masjid ?

Fikir fikirkan .......

PERUTUSAN HARI GURU 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian,

1. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kerana sekali lagi dapat kita menyambut Hari Guru yang telah mula diraikan semenjak tahun 1972. Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan
sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

2. Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi. Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru.

3. Sehubungan itu, amat wajarlah pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Peranan dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai
ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

4. Pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan direncana dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran
(P&P) di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentulah untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi apa-apa makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Di bahu gurulah diletakkan amanah memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

5. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru. Pengharapan yang tinggi digantungkan kepada para guru sebagai pemangkin transformasi untuk memastikan anak didik dipersiap dan diperlengkapkan dengan elemen sains dan teknologi; komunikasi; kerohanian, sikap dan nilai; perkembangan fizikal dan estetika; kemanusiaan juga keterampilan diri. Persekitaran dunia yang semakin hari semakin kompleks dan mencabar menuntut generasi dan anak bangsa masa hadapan dibekalkan dengan keupayaan mapan mengharungi apa juga rintangan yang menerjah.

6. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang tahun 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 2010 menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan Malaysia. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi dan peningkatan prestasi
Pengetua dan Guru Besar. Namun demikian, secantik dan segah mana pun pelan pendidikan yang direncanakan pasti sukar untuk berjaya tanpa komitmen dan usaha gigih para guru. Betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka.

Warga pendidik yang diraikan sekalian,

7. Sesuatu yang pasti, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku. Kenyataan ini adalah selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. Justeru saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah. Wahai guru, begitu tinggi harapan yang disandarkan oleh masyarakat kepada anda semua. Berikanlah tumpuan sepenuhnya terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didikmu. Ketahuilah bahawa golongan pendidik bukanlah golongan yang dipinggirkan dalam setiap perancangan kerajaan di peringkat nasional.

8. Pihak kerajaan tidak pernah sekali-kali memandang sepi jasa bakti yang dicurahkan oleh para guru. Pelbagai insentif dan inisiatif disediakan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga ke peringkat JUSA C. Sekadar menyebut beberapa contoh, sehingga Disember 2010, kuota Guru Cemerlang Gred DG54 Sekolah Menengah telah ditambah menjadi 166 dari jumlah asal sebanyak 100 kuota manakala bagi Guru Cemerlang Gred DG52 Sekolah Menengah menerima pertambahan sebanyak 166 kuota menjadikannya berjumlah 416 daripada kuota asal sebanyak 250.

9. Keprihatinan kerajaan juga adalah menyeluruh tanpa garis sempadan. Cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan. Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak KPM bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara. Semua kanak-kanak mendapat hak yang adil dan saksama dalam konteks pemerolehan ilmu. Pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir. Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas disediakan bagi kanak-kanak kelainan upaya. Kanak-kanak dalam kalangan kurang berkemampuan pula diberi bantuan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Bantuan Tuisyen dan Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform. Manakala bagi kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah layak menerima Biasiswa Kecil Persekutuan atau Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh.

10. Menyedari tanggung jawab dan fungsi guru yang amat besar dan penting, pastilah bukan calang-calang calon yang layak dipilih bertugas di sekolah dan dipanggil ‘cikgu’. Sehubungan itu, KPM telah mengambil
langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus praperkhidmatan. Pencapaian akademik yang baik, penglibatan aktif dalam kokurikulum, pencapaian MTeST
dan INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), prestasi temuduga individu dan kumpulan dan ujian bertulis Bahasa Inggeris diambil kira bagi sebelum seseorang calon guru pelatih dipilih bagi menjamin kualiti pendidik yang dikeluarkan oleh institusi keguruan. Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

11. Usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja. Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu
memainkan peranan yang berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran
proaktif, kreatif serta inovatif. Saya juga ingin menyarankan agar guru-guru mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu
menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu.

12. Warga guru yang dihargai sekalian, anda semua merupakan insan yang dianugerahkan dengan kegigihan dan kecekalan yang amat tinggi. Biar acap kali diterjah dengan dugaan dan cabaran dalam berbagai bentuk,
kubu kesabaran kekal teguh dan kental. Teruskanlah melaksanakan amanah yang diberikan dengan tulus, berpaksikan integriti dan berdasarkan etika perkhidmatan. Imej profesion keguruan pasti akan dapat
ditingkatkan. Saya juga ingin menyeru agar para guru semua mematuhi tata cara yang ditetapkan dalam menangani isu persekolahan terutama yang berkaitan dengan disiplin murid. Tanganilah setiap masalah yang
timbul secara berhikmah. Nasihatilah murid-murid dengan lemah lembut dan sentuhlah hati mereka dengan keluhuran, keikhlasan dan kemurnian jiwa guru semua.

13. Akhir kalam, renungkanlah semula peranan dan tanggung jawab tuan-tuan dan puan-puan semua sebagai penjana transformasi pendidikan negara. Ketinggian kedudukan warga pendidik dalam masyarakat tidak
akan tergugat selagi warga pendidik semua jelas dengan misi dan matlamat yang ingin dicapai serta tidak mudah berputus asa. Sebagai pemimpin kepada anak didik, saya berharap agar guru menghayati katakata
Khalifah Abdul Malik bin Marwan ini, "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat".

WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”! "

Sumber : Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011 ( http://www.moe.gov.my )

≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈

SELAMAT HARI GURU,  TERIMA KASIH CIKGU ...


Sabtu, 14 Mei 2011

ADA BEZA KE ???

Apa bezanya ?
.
.
.

ANTARA ...
Perempuan² yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang ....
 
 DENGAN .....
.
.
.

Perempuan² yang bertelanjang tetapi seperti berpakaian ...



Sekali pandang, kedua² keadaan hampir serupa, satu pihak meletakkan lapisan kain di atas kulit mereka manakala satu pihak lagi meletakkan lapisan cat di atas kulit mereka. Tak ada bezanya antara melapisi kulit dengan kain atau melapisi kulit dengan cat, semuanya  menampakkan bentuk rupa badan, di mana lekuk, di mana bonjol..., semua nampak jelas.
≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈≈


Malangnya, wanita² Muslim juga turut terikut²  dengan cara berpakaian  seperti perempuan² kafir, berpakaian sendat, singkat  dan ketat .Walau pun sesetengah wanita muslim bertudung tapi masih  berpakaian yang amat ketat dan sendat, hingga kelihatan hampir serupa bertelanjang.
 
Adakah mereka merasakan sudah memadai dengan berpakaian demikian dan telah memenuhi tuntutan menutup aurat ? 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. 
Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. 
Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" .

(HR Ahmad dan Muslim)




Wahai perempuan² Islam, tutuplah auratmu dengan sempurna, supaya kamu terhindar dari api neraka dan menghindari lelaki dari memandang auratmu ....
 .... Wahai lelaki² Islam, suruhlah isteri²mu, anak² perempuanmu menutup aurat dengan sempurna supaya kamu tidak menjadi lelaki dayus, sesungguhnya lelaki dayus tidak akan dapat mencium bau syurga . 

Wallahua'lam

ETIKA DAN BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

 1.  1. Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; "Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya." 
(an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya."
(an-Nuur: 31)

2.     2. Menutup Aurat;
ALLAH berfirman; "Dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya."
(an-Nuur : 31) 
Juga Firman-NYA; "Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(an-Nuur: 59). 
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat
wanita."

3.  3. Ada nya pembatas antara lelaki dengan wanita

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; "Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab."
(al-Ahzaab : 53)  

4.       4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulul lah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) 
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya." (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.       5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."  
(al-Ahzaab: 32) 
Berkata Imam Ibnu Kathir; "Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dialam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya."
(Tafsir Ibnu Kathir 3/ 350)  

6.     6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; 

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) 

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; "Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Ash-Shohihah 1/448)

Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; "Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat." (Hadis Riwayat Bukhari) 


Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya
atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya." 

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) 
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Firman-Allah;
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."
(al-Isra: 32)

Kenapa ber”Couple” Itu Haram?

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.   1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.  Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5 . Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.  Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?


Jumaat, 13 Mei 2011

Kenduri Kahwin Orang Sunnah Yang Menyalahi Sunnah

Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah Nabi salallahualaihiwassalam.

Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana Nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kambing Bukan Ukuran Sunnah

Walimah atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimah (kenduri nikah) ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain.

Apabila disebut sebagai tanda kesyukuran, maka ianya tidak pernah dihadkan oleh Allah swt dan juga oleh Rasulullah akan batas-batas nilai kendurinya tetapi sebaliknya diberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mengadakan majlis kesyukuran nikah atau disebut sebagai walimah dan kenduri nikah ini menurut kemampuan diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman : “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62)

Rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri pernah mengadakan majlis kesyukuran atau kenduri kahwin dengan hanya menjamu kurma yang telah dibuang bijinya dan dicampur susu atau gandum kepada para sahabat radiallahuanhum sempena perkahwinan baginda dengan Shofiyah binti Huyai bin Akhtab.

Oleh yang demikian, suka sekali saya katakan bahawa Sunnah yang pertama bagi kenduri kahwin ialah “Menzahirkan Kesyukuran kepada Allah swt” melalui jamuan makan kepada orang ramai dan memiliki rasa berterima kasih serta menghargai nikmat perkahwinan yang telah diberikan sebagai amanah Allah swt untuk saling bantu-membantu di atas taqwa bagi melayari bahtera rumahtangga.

Syukur Tidak Bernilai Jika Ada Perbuatan Kufur

Macam mana anda boleh mengatakan bahawa jamuan pernikahan ini sebagai syukur dan menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan sejak dari awal-awal lagi kufur kepada Allah swt dan tidak menghargai nikmat ukhuwah dan perkenalan anak-anak mereka dengan meletakkan harga maskahwin dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian dengan menjadikan hantaran mahal dan belanja nikah sejajar dengan kedudukan.

Siapa anda berbanding Nabi ? Siapa anak gadis anda berbanding anak-anak Rasulullah? Sedang Fatimah kekasih hati Rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi !

Syukurlah kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak-anak anda daripada dosa zina, syukurlah kepada Allah swt kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis anda dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya. Buktikanlah tanda syukur dengan mempermudahkan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka agar tidak sampai kepada membebankan bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

Manakala dalam hadis yang lain menyebut tentang betapa Islam mengalakkan mempermudahkan urusan agama seperti kenduri kahwin dan sebagainya agar ianya dapat dilaksanakan sekadar menurut kemampuan manusia sehingga tidak perlu dan tidak patut urusan teknikal seperti ini menjadi sebab-sebab halangan pernikahan.

Maka zahirkanlah kesyukuran wahai ibubapa dengan memudahkan urusan mengadakan kenduri perkahwinan ini sekadar kemampuan pihak yang menganjurkannya kerana itulah sunnah Rasulullah salallahualaihiwassalam.

Jauhilah pembaziran dan kemewahan yang tidak perlu kerana sesungguhnya seburuk-buruk belanja pernikahan ialah pada jalan kemasyhuran dan kebesaran yang membawa kepada kemurkaan tuhan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu berbelanja secara boros terhadap hartamu. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra : 27)

Sabda Rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

Usahlah sombong dan bongkak dengan majlis keraian dan sambutan pernikahan yang meriah dan gemilang kerana kebahagiaan anak-anak dan mereka yang bernikah bergantung kepada keredhaan Allah swt bukannya kepada kegemilangan majlis tersebut.

Yang Kebulur Tidak Dijemput, Yang Kenyang Dan Gemuk Itu Pula Yang Diajak Datang

Sudah jadi budaya orang zaman sekarang apabila mereka berasa mulia dengan kedatangan orang-orang kaya dan pembesar-pembesar manusia di dalam majlis mereka sekalipun dikalangan muda-mudi yang bernama sunnah.

Sedangkan baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jemputlah orang yang bertaqwa, anak-anak orang susah dan janda serta fakir miskin untuk mendatangi hidangan jamuan pernikahan kerana itulah sunnah dan bukannya menjemput mereka sebagai tetamu sampingan anda tetapi sebaliknya kepada merekalah jamuan pernikahan itu sepatutnya diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tahukah kamu (orang-orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.” (Al-Ma’un : 1-3)

Sabda Rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah selalu dalam Islam VVIP bagi umat ini ialah orang yang bertaqwa, orang alim dan anak-anak yatim serta fakir miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Mereka inilah VVIP dan orang besar yang perlu diberi perhatian kerana rezeki dan pertolongan Allah swt kepada anda sebenarnya bergantung kepada mereka.

Sabda Rasulullah salallahualaihiwassalam : “Tidaklah Kamu diberikan pertolongan dan rezeki oleh Allah melainkan kerana bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah di sisi kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

Anak-anak yatim itu bukan tetamu sampingan tetapi merekalah tetamu utama dan ini ialah Sunnah dalam mengadakan jamuan pernikahan.

Apabila prinsip-prinsip Sunnah di atas telah terpelihara seperti menjaga kebajikan orang-orang susah, mencapai maksud kesyukuran melalui kenduri perkahwinan yang diadakan maka janganlah pula anda yang menganjurkannya kemudian mencemari majlis untuk mensyukuri nikmat Allah swt tersebut dengan maksiat.

Warna-warni Kenduri Perkahwinan Di Malaysia

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Kain satin yang licin sehingga mengundang mata-mata liar untuk memandang, baju kurung dan kain sampin yang dipakai sebagai hiasan kemegahan semuanya bukanlah membawa kepada kesyukuran dan kegembiraan yang dibenarkan. Dipersilakan buat pengantin untuk mengadakan jamuan dengan menjemput artis nasyid untuk menghiburkan tetamu, atau permainan akrobatik, wayang kulit, ceramah agama sebagai pengisian majlis, silakan kerana ianya bukan bid’ah yang dilarang bahkan termasuk adab dan akhlak pihak penganjur majlis untuk menghiburkan tetamu.

Adakanlah syair dan pertandingan berbalas pantun, ya silakan kerana tiada kesalahan.

Tetapi pakaian anda yang berkilau-kilauan, sendat kain satin dan baju kurung yang cantik mempesonakan itu sudah bukan sahaja menjadi bid’ah yang tercela bahkan termasuk tabarruj yang diharamkan.

Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis kerana Allah swt berpesan kepada kita supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Jauhilah ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Malulah kerana sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.

Kenapa Kau Tabarruj Wahai Pengantin?

Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Raja sehari bukan daripada adat dan amalan umat Islam bahkan bukan sekali dalam amalan Rasulullah salallahualaihiwassalam. Pada hari perkahwinan dan hari jamuan pernikahan bukan engkau yang makan dan dilihat oleh orang ramai atau bersanding dan didatangi oleh orang kebanyakkan tetamu lelaki dan perempuan.

Bukan engkau yang makan tetapi harus orang yang susah itu yang makan dan engkau wahai pengantin seharusnya tunggu dan tidak makan kerana melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran.

Pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu kerana itulah sunnah walimah pernikahan.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang Rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beza sunnah dan bid’ah ialah apabila pengantin yang melahap sakan, makan dengan hidangan mewah yang berbeza dari tetamu yang lain sementara orang ramai berdiri meraikan mereka konon-kononnya merekalah raja seharian.

Itulah pembuat bid’ah di kalangan orang-orang Sunnah, mentah akal dan lemah pemikiran dalam memahami sunnah beragama dan bukanlah mereka pemuda dan pemikul amanah ummat, sekali tergoda oleh pakaian yang smart habis jatuh kredebiliti dan ketegasan beragama kepada adat dan khurafat.

Kesimpulannya, sukalah sekali saya rumuskan. Yang sudah itu sudahlah, yang akan datang maka perbaikilah. Masih ada masa untuk kita semua insaf dan bertaubat sebelum ajal datang menghambat.

Lurus katakan lurus, yang bengkok katakan bengkok. Jelaskanlah yang sunnah daripada yang bid’ah agar kelak perkahwinan anda dapat membawa berkat dan semoga rumahtangga anda aman dan selamat.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

Posted by Ustaz Emran


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tambahan:

Kenduri juga bertujuan sebagai hebahan kepada masyarakat setempat atas pernikahan pasangan pengantin berkenaan supaya terhindar dari fitnah dan gosip² liar terhadap pasangan pengantin jika masyarakat tidak mengetahui pasangan berkenaan sudah bernikah.

Selasa, 10 Mei 2011

TABARRUJ - Penyakit Wanita Masa Kini

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. AL-Bukhari rahmatullah laihi ada berkata: abarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.    Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan urat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj.

        Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an ur ayat 31 yang bermaksud:
atakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang urat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

        Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang tujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

ai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dlaam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik. (Al-ahzab: 32)

        Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada urat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

ndainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan    Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syarit Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

        Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya : Wahai Asma, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.. ketika itu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Lampiran: Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad

 






"Dan tetaplah kalian tinggal di rumah kalian, dan jangan bertabarruj seperti tabarrujnya orang-orang jahiliyah yang dahulu, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatilah Allah dan Rasul-Nya" (Al Ahzab: 33)


"Dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum pernah melihatnya, yaitu suatu kaum yang memegang cemeti seperti ekor-ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang, mereka berlenggak-lenggok,  kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang miring, mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mendapatkan wanginya surga" (HR Ahmad dan Muslim)

 Sumber: Cari Forum


Isnin, 9 Mei 2011

Sejarah Hari Ibu berasal dari agama Pagan


"
Rhea, "the mother of gods"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.

Rhea ( /ˈr.ə/Ancient Greek: Ῥέα) was the Titaness daughter ofUranus, the sky, and Gaia, the earth, inGreek mythology. She was known as "the mother of gods". In earlier traditions, she was strongly associated with Gaia and Cybele, the Great Goddess, and was later seen by the classical Greeks as the mother of theOlympian gods and goddesses, though never dwelling permanently among them on Mount Olympus. The Romans identified Rhea with the Goddess Ops.

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Julia Ward Howe

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Anna Jarvis

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.







Fatwa: Hukum Merayakan Hari Ibu

Terjemahan oleh zain-ys

Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?



Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.





Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.



Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.



Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.



Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.



Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.



Sumber: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=uQ3lCv